Ahad, 27 Mei 2007

Allah sentiasa menerima doa hambanya

Bahagian Kedua..

Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;

Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seleuruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya do`a dimakbulkan.

Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu do`a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam,baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do`a tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do`a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do`a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do`a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.

Ketiga: Do`a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari do`a-do`a kita yang berbagai kepada Allah.

Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T.

Sabda Nabi s.a.w., maksudnya: "Do`a itu adalah ibadah"
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: "Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.( m.s. 247. Ctk. Riyadh.)

Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta daripadaNya, bahkan setiap do`a yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisiNya. Demikian Allah Yang Maha Luas rahmatNya bertambah banyak pemohan kita kepadanya bertambah pula kasihNya kepada kita.

Sabda Nabi s.a.w.,maksudnya:"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi do`a"
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib)

Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdo`a. Ini kerana do`a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdo`alah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatnya.

Allah Sentiasa menerima doa hambanya

Bahagian Pertama..

Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah. Meyakini bahawa Allah senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah itu hampir dan tidak jauh darinya.

Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan dari Allah. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah?!!. Sikap dan akhlak insan terhadap Allah selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah.

Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.

Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”

Ya! Allah itu hampir dan amat sudi untuk segala do`a yang diangkat kepadaNya. Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan do`a kepada Allah yang hampir kepadaNya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya.

Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar do`a dan rintihan mereka.

Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah nescaya kita dapati Allah senantiasa bersama kita. Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil:
Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih)

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu"

Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?". Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:
Maksudnya: "Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

Selasa, 22 Mei 2007

Lawak sekadar hiburan...

Monyet Dan Kura-Kura

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura...

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura...

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu...

Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura-kura : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?

Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata "Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan blog nie sehari semalam pon tak boleh abis... dah nyet gi buat kerja yer nyet !!"


* Cerita ini sekadar hiburan sahaja, ceria-ceria selalu *

HYPERTENSION

What causes Hypertension?

There are two types of hypertension:

1. Primary (Essential) Hypertension - there is no known cause. Only lifestyle modificaiton and medicines can control the blood pressure.

2. Secondary Hypertension - These cases are due to specific conditions. Treatment of these conditions may bring down the blood pressure. (Less than 10% of hypertension cases are secondary hypertension)

Conditions that can cause high blood pressure are:

- Kidney failure
- Aortic Stenosis - A disease of the large blood vessel
- Renal Artery Stenosis - narrowing of the blood vessel to the kidney
- Cushing's Syndrome - excessive steroid hormones from adrenal tumour or excessive intake of steroids
- Conn's Syndrome - excessive aldosterone hormone
- Phaeochromocytoma - high blood pressure during pregnancy
- Certain medicines - steroids, contraceptive pills

Symptoms of hypertension:

Most patients suffering from hypertension do not have any symptoms eventhough their blood pressure is high. The diagnosis is only made by physical examination (e.g. during medical examination for job application or prior to going Mecca for Haj or when we see a doctor for some other complaint like fever or cough). Many patients however finds out that they have hypertension only when develop complications like heart attacks or stroke. Nevertherless patients with hypertension my have the following symptoms:

- Headaches or giddiness
- Blurred vision
- Chest pain

What are the effects of hypertension on the organs?

The main effect of hypertension is on arteries. High blood pressure causes the artery wall to become thickened (hypertrophy) and the lumen becoms narrowed. Damage to the internal surface of the artery wall results in the formation of atheromatous plaque which diminishes blood flow. A blood clot can form on the plaque. Pieces of clot may break off and travel with the blood downstream and cause obstruction of the smaller blood vessles.

All parts of our body have blood vessels. Hence, high blood pressure can damage all organs in our body. The most serious damage occurs in the following organs:

1. Heart
2. Brain
3. Kidneys
4. Eyes

Isnin, 21 Mei 2007

Managing your ANGER

Anger is a normal and usually a healthy human emotion. However, it could also turn out to be destructive when it gets out of control. It could also lead to problems at work, in your personal relationships and in the overall quality of life. Uncontrolled anger makes you feel as though you're at the mercy of an unpredictable and powerful emotion.

What is Anger?

The Nature of Anger
Anger is an emotional state that varies in the intensity from mild irritation to intense fury and rage. Similar to other emotions, it is accompanied by physiological and biological changes. Your heart rate and blood pressure increases when you get angry.

Both external and internal events could cause anger. You could be angry at a specific person or your anger could be caused by worrying about your personal problems. Memories of traumatic events can also trigger angry feelings.

Expressing Anger
The natural way to express anger is to respond aggressively. Anger is a natural and an adaptive response to threats; it inspires powerful, very often aggressive feelings and behaviours, which allow us to fight and to defend ourselves when we are attacked. Henceforth, a certain amount of anger is therefore necessary to our survival.

On the contrary, we can't physically lash out at every person or object that irritates or annoys us. There are laws, social norms, and the common sense that place limits on how our anger can take us.

People use a variety of both conscious and unconscious processes to deal with their angry feelings. The three main approaches are:

Expressing
Expressing your angry feelings in an assertive manner is the healthiest way. To achieve this, you have to larn how to make clear what your needs are, and how to get them met, without hurting others. Being assertive literally means being respectful of yourself and others.

Suppressing
Anger can be suppressed, and then converted or redirected. This happens when you hold in your anger, stop thinking about it, and focus on something positive. The aim is to suppress your anger and convert it into more constructive behaviour. The danger in this type of response is that your anger can turn inward - on yourself. Anger turned inward may cause hypertension, high blood pressure, or even depression. Unexpressed anger can create other problems. It can lead to pathological expressions of anger, such as passive-aggressive behaviour (getting back at people indirectly, without telling them why, rather than confronting head-on). It could also lead to a personality trait that seems perpetually cynical and hostile. People who are constantly putting others down, criticising everything, and making cynical comments haven't learned how to constructively express their anger. Not suprisingly, they are not likely to have many successful relationships.

Calming
Finally, you can calm down inside. This means not just controlling your outward behaviour, but also controlling your internal responses, taking steps to lower your heart rate, calm yourself down, and let the feelings subside.

When none of these three techniques work, that's when someone or something is going to get hurt.

Anger Management

The objective of anger management is to reduce both your emotional feelings and the physiological arousal that anger causes. You can't avoid the things or people that enrage you, nor can you change them within a short period, but you can learn to effectively control your reations.

Strategies in Anger Management

Relaxation
Simple relaxation tolls, such as deep breathing can help calm down angry feelings. If you are involved in a relationship where both partners are hot-tempered, it might be a good idea for both of you to learn these techniques:

Some simple steps you can try:

1. Breathe deeply from your diaphragm; breathing from your chest would not relax you. Picture your breath coming up from your gut.

2. Slowly repeat a calm word or phrase such as "relax", "take it easy". Repeat it to yourself while breathing deeply.

3. Visualize a relaxing experience through imagination.

4. Yoga-like exercises can relax your muscles and make you feel much calmer.

** Practice these techniques daily. Learn to use them corectly when you are in a tense situation.



By Dr. Khairi Rahman
BS (Psy/Bio), PgD (Phil), Ph.D (Hosp Mgmt) Assoc. Fell Australian Coll. Health Service Exec.
Consultant Psychologist

Jumaat, 18 Mei 2007

Fakta Kesihatan:Khasiat minyak ikan kod


Kajian Sejarah
Sejak turun temurun minyak ikan kod dipercayai boleh digunakan sebagai ubat, walaupun rasanya teruk dan berbau busuk, kerana ia melalui proses pereputan secara semula jadi dan berwarna hampir kehitaman.

Pada abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang menghasilkan warna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti, rasanya masih tidak sedap dan ia digunakan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami penyakit riket.

Menjelang abad ke-19, The British Cod Liver Oil Producers (Hull) Ltd mengambil pendekatan berbeza. Mereka melakukan kaedah mengukus cerek mengandungi minyak ikan kod. Kemudian mereka menyedari beberapa syarikat menangkap ikan menggunakan pukat tunda yang beroperasi di Hull, England menggunakan teknik merebus di laut.

Teknik itu menghasilkan minyak berwarna coklat keemasan, rendah kandungan asidnya dan rasa lembut.

Kenneth McLennan yang pernah bertugas dengan Lever Brothers mencadangkan minyak ikan kod boleh diperoleh dalam bentuk lebih kecil dan mewujudkan jenama dikenali sebagai ‘Seven

Minyak ikan untuk sendi sihat
Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara itu jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs).

Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi.

Bagi pesakit arthritis, keradangan adalah seperti pisau bercerancang kerana enzim boleh menyebabkan masalah serius. Keadaan ini berbeza pada orang sihat kerana enzim tidak aktif. Di samping mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan, asid lemak Omega-3 boleh merendahkan risiko kerosakan rawan.

Osteoartritis
Artritis adalah jenis paling biasa di kalangan penyakit lemah sendi. Satu bentuk artritis paling biasa ialah osteoartritis. Osteoartritis adalah penyakit sendi degeneratif yang boleh menyerang semua orang.

Penyakit ini hasil daripada proses ‘haus dan lusuh’ sendi, biasanya ia membabitkan orang tua, namun ada juga orang muda menderita penyakit sama. Ia lebih ketara pada sendi yang mengalami pelbagai tekanan dan ‘penderaan’ seperti sendi kaki iaitu lutut dan buku lali.

Artritis reumatoid
Artritis reumatoid adalah penyakit sistem imun yang menyakitkan, menyebabkan pesakit berasa tidak selesa dan mengalami bengkak pada sendi, saraf, otot, tendon, pembuluh darah dan tisu perantara di dalam badan.

Artritis reumatoid boleh menyerang individu tanpa mengira peringkat umur, tetapi kebanyakannya membabitkan kumpulan usia antara 25 hingga 40 tahun. Ratusan ribu penduduk di United Kingdom, termasuk kanak-kanak, mengalami masalah ini.

Bagi sesetengah orang, arthritis reumatoid hanya menyerang sekali seumur hidup. Namun ada yang menghadapi serangan penyakit sepanjang hayat kerana ia penyakit bersifat progresif dan jangka panjang, merebak dari satu sendi ke sendi lain dan boleh menyebabkan kecacatan tangan serta kaki.

Fakta kesihatan: Benarkah Lelaki lebih banyak penyakit

SEJAUH manakah kebenaran pendapat mengatakan wanita kaum yang lemah. Daripada segi fizikal dakwaan ini mungkin benar tetapi tahukah anda ada banyak bukti yang menunjukkan lelaki sebenarnya jauh lebih lemah berbanding wanita terutama dalam aspek kesihatan.

Ini bukan setakat cakap kosong tetapi mempunyai sokongan statistik. Mungkin faktor keturunan dan hormon mempengaruhi beberapa aspek tertentu seperti taburan lemak badan.

Pada lelaki lemak berkumpul di bahagian abdomen (bentuk epal) yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan strok.

Manakala bagi wanita, pengumpulan lemak lebih tertumpu pada punggung dan paha. Walaupun kegemukan atau obesiti bentuk pir juga berbahaya tetapi ia tiada kaitan rapat dengan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian.

Laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) 2004 menyenaraikan 10 pembunuh utama lelaki Amerika diterajui penyakit jantung (28.4 peratus), kanser (24.1), kemalangan (5.8), strok (5.2), penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD, 5.1), kencing manis (2.8), influenza dan pneumonia (2.4), bunuh diri (2.1), buah pinggang (1.6) dan penyakit hati kronik (1.5).

Senarionya mungkin berbeza sedikit dengan keadaan di Malaysia tetapi penyakit jantung masih menjadi pembunuh nombor satu negara ini, diikuti kanser. Jumlah pesakit COPD juga dijangka bertambah kerana jumlah perokok di negara kita semakin meningkat. Pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berkali ganda jumlahnya.

Malah, berdasarkan maklumat kesihatan Mayo Clinic, tabiat atau gaya hidup lelaki juga menyumbang kepada kematian awal kerana lelaki lebih ramai merokok, minum minuman keras, menyalahguna dadah, terbabit aktiviti seks bebas dan menjadi mat rempit.

Namun satu perkara yang jelas dan nyata, kebanyakan kes kematian awal dapat dielakkan.

Sakit jantung menjadi pembunuh utama rakyat negara ini tetapi lebih banyak kes membabitkan lelaki. Kes sakit jantung di kalangan wanita biasanya hanya berlaku selepas menopaus iaitu 10 hingga 15 tahun lebih lewat berbanding lelaki.

Risiko penyakit jantung boleh dikurangkan dengan amalan gaya hidup sihat, mendapatkan rawatan sewajarnya untuk merendahkan kolesterol, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Pembunuh kedua ialah kanser. Walaupun ada kanser yang tidak diketahui puncanya, kajian menunjukkan rokok boleh menyebabkan banyak jenis kanser terutamanya kanser paru-paru dan mulut. Justeru jalan mudah untuk lebih sihat ialah berhenti merokok.

Angka kematian akibat kemalangan di jalan raya tidak pernah susut. Sedihnya masih ada stigma memandang rendah kepada sikap berhati-hati dan menganggap pemandu perempuan lebih cenderung terbabit dalam kemalangan.

Begitu juga dengan kemalangan di tempat kerja, jenis pekerjaan berbahaya dan berisiko tinggi, terdedah kepada bahan kimia berbahaya serta pencemaran yang kesemuanya berkait rapat dengan lelaki.

Peluang mendapat strok antara lelaki dan perempuan adalah sama. Malah kajian menunjukkan lelaki mempunyai peluang yang lebih baik untuk sembuh.

COPD adalah antara penyakit yang dimonopoli lelaki tetapi kini lebih ramai wanita turut berisiko menghidapnya. COPD juga berkait rapat dengan kanser paru-paru kerana kedua-duanya disebabkan tabiat merokok.

Kencing manis dan kegagalan buah pinggang juga boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan sewajarnya. Pada 2002, dianggarkan lebih 34,000 lelaki Amerika mati akibat kencing manis dan kegagalan buah pinggang berfungsi meragut lebih 19,000 nyawa.

Komplikasi kencing manis yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, strok dan penyakit jantung.

Dianggarkan satu pertiga pesakit tidak sedar menghidap kencing manis sehinggalah mengalami kesan penyakit seperti mati pucuk atau disfungsi erektil (ED), kerosakan saraf terutama pada kaki yang menyebabkan kaki selalu rasa kebas, pandangan menjadi kabur dan buah pinggang rosak.

Isnin, 14 Mei 2007

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik,dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan (124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solat mu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Akuberikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal"

Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud :

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,atau
sepertiganya, atau seperempatnya?" Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail,kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Jumaat, 11 Mei 2007

Makan Ulam untuk awet muda

Badan perlu 40 nutrien

Amalan makan ulam atau sayur-sayuran mentah boleh membuatkan seseorang awet muda kerana ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.

Sebenarnya amalan makan ulam menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Malah, ia menjadi ikutan kaum lain sehingga ada yang kata rasa tidak puas makan nasi jika tiada ulam bercecah sambal belacan.

Ada juga yang tidak berselera makan jika tiada ulam atau sayur. Paling tidak, mesti ada timun untuk membuka selera. Ini amalan baik kerana setiap hari badan kita memerlukan kira-kira 40 jenis nutrien untuk kekal sihat.

Apabila kita makan, kita sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan. Kesan pelaburan ini bergantung kepada jenis makanan diambil. Jika mengamalkan diet yang banyak lemak, bermakna kita akan mengalami masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol tinggi.

Sebaliknya, individu yang mengamalkan pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan sayur dan buah biasanya tampil lebih sihat dan menarik serta mampu mengekalkan kelangsingan badan.

Selain mempunyai pelbagai khasiat, ulam sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini banyak kajian dilakukan untuk mengkomersialkan khasiat ulam.

Pengamal perubatan tradisional mengatakan, ubat bagi pelbagai penyakit sebenarnya ada di sekeliling rumah seperti cekur, pegaga, nanas, kunyit, halia, peria, kacang botor, pucuk betik mahupun kacang panjang.


Pegaga

Pegaga biasanya tumbuh melata di keliling rumah. Namun tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.

Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.


Timun

Seorang saintis tempatan mengesyorkan supaya makan empulur (isi timun) setiap hari untuk awet muda. Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.

Amalan makan timun juga boleh mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk. Mengamalkan minum jus timun segar juga dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Ada juga petua menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya minum jus timun dua gelas sehari, di samping bersenam dan mengawal pemakanan.

Timun juga sebenarnya boleh menambah selera makan dan ia baik untuk diambil individu yang mengalami masalah terlalu kurus, tiada selera atau kurang berat badan.

Timun juga menjadi bahan asas kepada pelbagai produk kecantikan. Secara tradisionalnya, hirisan timun boleh dijadikan pencuci muka dan membuatkan kulit lembut, licin dan sentiasa lembap; sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah kulit berminyak.


Cekur

Ia adalah ulam yang biasa tetapi jarang mendapat perhatian. Ulam daripada keluarga halia ini mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.

Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan. Ia juga mempunyai bahan antibakteria, antifungus dan antikeradangan.


Kunyit muda

Walaupun rasanya kurang disenangi, kunyit muda sangat berkhasiat untuk dijadikan ulam.

Kajian dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah.

Kunyit juga mengandungi banyak bahan antioksida yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, ia mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.

Perubatan tradisional Melayu menggunakan pati kunyit yang diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.


Petai

Walaupun mempunyai bau kuat, ia menjadi kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan ia dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.


Pucuk kaduk

Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ia juga boleh dimakan mentah. Ia dipercayai boleh menguatkan tulang dan rebusan daun kaduk dijadikan ubat melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.

Pucuk gajus

Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.

Lobak merah

Jarang kita jadikan lobak merah sebagai ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.

Ia baik untuk mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.


Mengkudu

Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karoten dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.

Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.


Jering

Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya protein, karbohidrat dan serat yang mampu mengubati penyakit kencing manis.

Saat Menghadapi Kematian

SETIAP hari kita mendapat maklumat mengenai kematian yang meragut nyawa manusia di mana saja dengan sebab berbeza. Sesungguhnya kematian itu satu kepastian yang akan menghampiri setiap manusia, di mana saja dan bila-bila saja.

Namun, secara umum pembicaraan mengenai kematian bukan sesuatu yang menyenangkan. Bahkan naluri manusia cenderung ingin hidup seribu tahun. Al-Quran melukiskan keinginan sekelompok manusia untuk hidup selama mungkin dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka seloba-loba manusia kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) daripada orang- orang musyrik. Masing-masing ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada seksa. Dan Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al Baqarah: Ayat 96).

Banyak faktor menyebabkan orang takut kepada kematian. Ada orang takut mati kerana tidak mengetahui apa yang dihadapinya selepas kematian. Mungkin juga kerana mereka berasa apa yang dimiliki sekarang lebih baik daripada yang akan dihadapi nanti. Ada juga kerana membayangkan betapa sulit dan pedihnya pengalaman mati dan sesudah mati.

Mungkin juga kerana khuatir memikirkan atau prihatin terhadap keluarga yang ditinggalkan atau kerana tidak mengetahui makna hidup dan mati hingga mereka berasa cemas menghadapi kematian. Dari sini lahirlah pandangan optimis dan pesimis terhadap kematian dan kehidupan.

Melalui pengalamannya, manusia tidak mampu mengetahui hakikat kematian kerana ia satu daripada persoalan ghaib paling besar.

Sungguhpun demikian, apabila melihat bagaimana kematian meragut nyawa manusia yang hidup, terutama orang paling dekat dan dicintai, seseorang itu semakin terdorong untuk mengetahui hakikatnya, atau paling tidak ketika itu terlintas dalam benaknya suatu hari nanti mereka juga akan merasai kematian.

Manusia memahami kematian tidak memilih usia atau tempat. Ia juga tidak boleh ditangguhkan sehingga semua keinginan dipenuhi. Kematian boleh menimbulkan ‘cemas’ apatah lagi bagi mereka yang menganggap hidup di dunia hanya sekali.

Islam mengajar ada kehidupan sesudah kematian. Kematian adalah yang awal daripada suatu perjalanan panjang dalam kehidupan manusia. Selepas itu mereka akan memperoleh kehidupan sama ada dengan pelbagai kesenangan atau pelbagai seksaan.

Al-Quran menilai kematian sebagai musibah malapetaka. Istilah itu lebih banyak ditujukan kepada manusia yang durhaka. Kematian adalah musibah bagi orang yang mati tanpa membawa bekalan yang cukup untuk kehidupan akhirat.

Kematian juga dikemukakan al-Quran dalam konteks menghuraikan nikmat Allah kepada manusia. Dalam surah Al Baqarah ayat 28 Allah bertanya kepada orang kafir: “Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedangkan kamu tadinya mati kemudian dihidupkan (oleh-Nya) kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya.” (Surah Al Baqarah: Ayat 28).

Nikmat daripada kematian bukan saja dalam kehidupan ukhrawi bagi orang yang beriman, tetapi dalam kehidupan dunia kerana tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan dunia yang terbatas kawasannya ini jika manusia hidup terus-menerus tanpa mengalami kematian.

Dalam hal ini, al-Quran menegaskan: “Maha Suci Allah yang di dalam genggaman kekuasaan-Nya seluruh kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang paling baik amalnya dan sesungguhnya Dia Maha Mulia lagi Maha Pengampun.” (Surah Al Mulk: Ayat 1).

Menyedari hakikat ini, jelaslah kematian dalam pandangan Islam bukan sesuatu yang buruk kerana di samping mendorong manusia meningkatkan pengabdian terhadap Ilahi di dunia, kematian juga pintu gerbang untuk memasuki kebahagiaan abadi serta mendapatkan keadilan sejati.

Namun sebaliknya, bagi sesetengah orang, kematian adalah suatu hal yang mengerikan dan menakutkan.Dua sikap berbeza itu muncul kerana perbezaan amal manusia dalam kehidupan di dunia. Kematian mempunyai peranan besar dalam memantapkan akidah serta menambahkan semangat pengabdian kepada Allah. Tanpa kematian, manusia tidak akan berfikir apa yang akan terjadi sesudah mati dan tidak akan mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Dalam mengingati kematian,Imam Al Ghazali membahagikan manusia kepada tiga tingkatan iaitu:

i. Al Munhamik, iaitu orang yang tenggelam dalam tipu daya dan hawa nafsu dunia. Ia tidak ingat kematian dan enggan untuk diingatkan mengenai kematian. Jika diingatkan pula, akan menjauhkannya daripada Tuhan. Orang seperti ini kurang mempersiapkan bekal untuk menghadapi kematian bahkan hidup mereka terus bergelumang dosa dan maksiat.

ii. At Taib, iaitu orang yang selalu bertaubat memohon keampunan daripada Allah. Ia banyak mengingati kematian yang mendorongnya beramal dan mempersiapkan bekalan di akhirat. Kalaulah tidak menyukai kematian tidak lain kerana mereka khuatir bekalan yang dipersiapkan belum cukup hingga dalam keadaan demikian takut menghadap Allah.

iii. Al ‘Arif, iaitu orang yang mengetahui kedudukan dirinya di hadapan Allah. Ia sentiasa mengingati kematian bahkan selalu menanti saat kematian kerana baginya kematian adalah detik pertemuan dengan Allah, Zat yang selama ini dicintai selain memiliki persiapan untuk menghadapi kematian.

Menurut pandangan ulama, mengingati kematian di samping dapat meringankan beban duniawi, mampu melembutkan hati manusia.Kesombongan, pergaduhan, pertumpahan darah, ketidakadilan serta perilaku negatif wujud akibat kehilangan kelembutan hati.

Mengingati kematian turut mendorong tindakan positif. Manusia akan mengisi hidup yang singkat dengan perkara kebaikan sama ada pada peringkat peribadi, masyarakat, bangsa dan agama.

Sesungguhnya, apabila kematian menjenguk seseorang, tanah dan pasir akan menjadi tempat tidurnya. Munkar dan Nankir menjadi temannya. Kubur menjadi tempat tinggalnya. Hari kiamat menantinya dan syurga atau neraka tempat kembali.

Firman Allah bermaksud: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)

Makanan pembentuk peribadi

PEMBONGKARAN media massa mengenai penipuan penggunaan logo halal dan betapa bahan makanan haram dijual sebagai ‘halal’ di pasaran di negara ini, dari semasa ke semasa, membuktikan masalah terbabit terus berleluasa.

Bagaimanapun, setiap kali isu itu didedahkan media, barulah pihak tertentu akan ‘melompat’ dengan pelbagai bentuk tindakan. Yang terbaru mengenai pengenalan logo halal baru yang dilengkapi ciri keselamatan lebih ketat.

Sebenarnya isu halal haram berkisar kepada tiga perkara asas: Pertama, sikap pengguna yang beragama Islam terhadap nilai halal haram makanan yang dibeli; kedua, sikap penjual sama ada mereka menghormati pantang larang orang Islam; dan ketiga, penguatkuasaan undang-undang sama ada mencukupi untuk membendung perbuatan menipu logo halal.

Pemahaman mengenai pentingnya memilih makanan memang diketahui umum. Kita suka memilih makanan kegemaran mengikut kemampuan, keinginan dan selera masing-masing.

Bagaimanapun, ramai yang hanya melihat kelazatan dan khasiat tanpa meneliti sejauh mana kesesuaiannya untuk dimakan, terutama dari segi kebersihan dan halal menurut syariat.

Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis diriwayatkan Muslim bersabda yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu”.

Baginda kemudian menyebut seorang lelaki yang sedang berjalan jauh dengan keadaan kusut masai rambutnya dan berlumuran debu sedang dua tangannya menadah ke langit sambil berdoa “Ya Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, maka betapakah boleh diperkenankan Allah doanya.”

Makanan yang suci dan bersih menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perlu ditekankan soal kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.

Sabda Rasulullah dalam sebuah hadis diriwayatkan at-Tirmizi yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Islam menitikberatkan kesihatan umatnya. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin terhadap kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari akan melahirkan nur keimanan dalam dirinya untuk turut sama menjaga kebersihan diri secara keseluruhannya, termasuk pakaian, tempat tinggal, tubuh badan dan sebagainya.

Dalam ibadat asas agama iaitu solat, aspek terpenting yang ditekankan ialah kebersihan diri. Allah s.w.t. tidak akan menerima solat hamba-Nya yang beribadat dalam keadaan kotor.

Ia sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Hibban iaitu: “Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.”

Islam sangat syumul dalam pemilihan makanan dengan menekankan yang bersih dan halal. Dalam surah al-Nahl ayat 114-115, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang.”

Makanan haram sama ada daripada bahan yang dicampur najis dan benda syubhah atau daripada punca yang tidak halal dan syubhah boleh mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya.

Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa seseorang sehingga dia berasa lebih gemar melakukan kejahatan dan maksiat dan bencikan kerja-kerja kebajikan dan ketaatan.

Kedua, doanya tidak akan dimakbulkan Allah s.w.t. dan ketiga, ia akan menyebabkan dia mendapat seksaan neraka di akhirat kelak.

Apa jua bentuk makanan halal dan bersih perlu diikuti peraturan memakannya sebagaimana disarankan Islam.

Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan diri seseorang daripada dihidapi penyakit tertentu.

Rasulullah menyarankan perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi adalah udara. Ia amat bertepatan dengan ilmu sains dan kesihatan yang perlu diamalkan manusia.

Insya-Allah jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, sudah pasti kita bukan saja akan dapat merasai nikmat kenyang bahkan hidup lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah s.w.t.

Daripada aspek adab pemilihan makanan pula, insan mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka, dari tin berkarat, makanan yang layu dan sebagainya.

Kita memakan sesuatu jenis makanan untuk mendapat sejumlah tenaga mencukupi daripada zat di dalamnya.Islam dan ilmu kesihatan begitu intim hubungannya. Sejak manusia dilahirkan, makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut adalah susu ibunya.

Selain terjamin kebersihan dan suci dari segi syariat Islam, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya.

Akhlak yang bakal dijelmakan anak adalah melalui susuan ibunya. Tabiat si penyusu akan dipindahkan kepada anak yang menyusu. Jika solehah si ibu yang menyusukan, akan lahirlah generasi anak berakhlak mulia dan terpuji.

Jika dimulakan dengan susu haiwan, bayi itu bila membesar akhlaknya dikhuatiri menjadi tidak sempurna.

Selain adab makan dan memilih makanan, dari segi penjagaan kesihatan, Islam melarang mengambil makanan dan minuman secara berlebihan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang dipenuhi dan ketat dengan makanan yang halal.”

Banyak jenis penyakit bermula daripada salah memilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”

Allah s.w.t murka kepada hamba-Nya yang suka melampaui batas, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan.

Sebagai balasan, Allah s.w.t. akan menurunkan pelbagai wabak penyakit, sama ada ia akan menyerang manusia secara keseluruhan atau menyerang individu yang berpunca daripada kelalaian dan kealpaan manusia mengurus diri untuk menikmati kurniaan Allah s.w.t.

Tuntutan menjaga lisan

ANTARA punca utama anak Adam terjerumus ke lembah maksiat ialah mereka tidak menjaga dua perkara iaitu lidah dan kemaluan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mampu menjaga apa yang terdapat di antara dua janggutnya dan apa yang ada di antara dua kakinya, maka aku jamin akan masuk syurga.” (Muttafaqun ‘alaih)

Kemaksiatan yang ditimbulkan daripada kemaluan adalah zina dan kemaksiatan yang ditimbulkan oleh lisan adalah dusta.Dengan lisannya seseorang mengucapkan kata-kata tanpa pertimbangan dan difikirkan hingga menimbulkan fitnah dan kemudaratan bagi dirinya mahupun orang lain.

Jelaslah antara faktor keselamatan seseorang hamba bergantung kepada penjagaannya terhadap lisannya. Nabi s.a.w sendiri pernah menasihati Uqbah bin Amir ketika dia bertanya mengenai keselamatan, lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Peliharalah lidahmu, tahanlah tinggal di rumahmu dan tangisilah dosa-dosamu.’’ (Hadis Riwayat: At Tirmidzi).

Termasuk penyimpangan yang nyata dan banyak terjadi dalam masyarakat kita sekarang adalah melakukan dusta, baik dalam ucapan mahupun perbuatan, dalam jual beli, dalam sumpah dan perjanjian, bahkan menggunakan dusta sebagai unsur dakwah dan menjatuhkan orang kerana kedengkian.

Manusia daripada kalangan orang awam atau yang alim banyak menganggap dusta sebagai kebiasaan yang membudaya dan sukar ditinggalkan. Lebih parah lagi, apabila dusta yang sudah menjadi kebiasaan ini tidak dipedulikan lagi orang awam mahupun golongan alim.

Sesungguhnya, perbuatan dusta termasuk dalam hal yang berbahaya, kerana ia adalah haram yang menyebabkan pelakunya terjerumus ke neraka. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kekejian dan kekejian itu menjerumuskan ke neraka. Tidak henti-hentinya seseorang itu berdusta dan membiasakan diri dalam dusta, sehingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta (Muttafaqun ‘alaih).”

Dusta mempunyai beberapa pengaruh buruk, seandainya hal ini disedari pendusta pasti mereka akan meninggalkan tabiat berdusta dan akan kembali bertaubat kepada Allah s.w.t.

Sebahagian daripada kesan buruk itu:

i. Menyebarkan keraguan kepada dan di antara manusia. Keraguan ertinya bimbang dan resah. Ini bererti seorang pendusta selamanya menjadi sumber keresahan dan keraguan serta menjatuhkan ketenangan orang yang jujur. Bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkanlah apa-apa yang membuatmu ragu dan ambil apa-apa yang tidak meragukanmu, kerana sesungguhnya kejujuran itu adalah ketenangan dan dusta itu adalah keresahan.” (Hadis Riwayat: Tirmidzi dan An Nasai)

ii. Terjerumusnya seseorang ke dalam salah satu tanda munafik. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ada empat hal, barangsiapa yang memiliki semua, maka dia munafik sejati. Dan barangsiapa memiliki salah satu daripadanya, bererti dia mempunyai satu jenis sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu bila diberi amanah dia khianat, bila berkata dia dusta, bila berjanji dia mengingkari, dan jika berselisih dia berkata kotor.” (Muttafaqun ‘alaih).

Sebagaimana diketahui, orang munafik akan menghuni neraka paling bawah. Sebutan munafik adalah amat berat, mengapa kita berani berdusta dan mempertahankannya padahal ia akan menghantar kita kepada kedudukan buruk lagi hina.

iii. Hilangnya kepercayaan. Sesungguhnya selama dusta tersebar dalam kehidupan masyarakat, hal itu akan menghilangkan kepercayaan di kalangan kaum Muslimin, memutuskan jalinan kasih sayang di antara mereka, sehingga menyebabkan tercegahnya kebaikan dan menjadi penghalang sampainya kebaikan kepada orang yang berhak menerimanya.

iv. Memutarbalikkan kebenaran. Antara akibat buruk dusta adalah memutarbalikkan kebenaran dan membawa berita berlainan dengan fakta, lebih-lebih lagi dilakukan tanpa mencari penjelasan atau tabayyun yang disyariatkan. Hal ini dilakukan kerana pendusta suka merubah kebatilan menjadi kebenaran dan kebenaran menjadi kebatilan dalam pandangan manusia.

Sesungguhnya, pendusta suka menghiasi keburukan sehingga nampak baik dan memburuk-burukkan yang baik sehingga menjadi buruk. Itulah perniagaan pendusta yang mahal harganya menurut pandangan mereka.

Apa saja yang mereka katakan mengenai keburukan seseorang dan apapun pengaruhnya, maka berhati-hatilah terhadap mereka, sama ada yang anda baca daripada mereka ataupun yang anda dengar. Fahamilah firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang melampaui batas lagi pendusta.” (Surah Al Mukmin Ayat 28)

v. Pengaruh dusta terhadap anggota badan. Dusta menjalar dari hati ke lidah, maka rosaklah lidah itu, lalu menjalar ke anggota badan, maka rosaklah amal perbuatannya sebagaimana rosaknya lidah dalam berbicara. Jika Allah s.w.t tidak memberikan kesembuhan dalam kejujuran kepada pendusta itu, semakin rosaklah mereka dan menjerumuskan mereka ke arah kehancuran.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kejujuran itu menuntut kepada kebajikan, sedangkan dusta menuntun kepada kedurhakaan.’’ (Muttafaqun ‘alaih).

Itulah sebahagian daripada akibat buruk dusta yang semuanya nampak di dunia dan di sisi Allah balasan bagi pendusta lebih dahsyat dan mengerikan. Jelaslah, pendusta akan berjalan di atas laluan menuju neraka, kerana dengan berdusta bererti ia akan membuka pelbagai pintu keburukan lain. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya dusta itu menuju kepada kekejian dan kekejian membawa ke neraka, seseorang yang terus menerus berdusta sehingga dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.” (Muttafaqun ‘alaih)

Kita hendaklah merenung dan memperhatikan bahaya dusta sehingga takut untuk melakukannya. Antara cara menghindarinya ialah:

i. Tidak bergaul dengan pendusta sebaliknya mencari teman soleh dan jujur.

ii. Mempunyai keyakinan mantap akan bahaya yang ditimbulkannya baik di dunia mahupun di akhirat.

iii. Melatih hati dan lisan untuk selalu berkata secara jujur.

iv. Selalu mengkaji dan mengamalkan al-Qur’an. Semoga Allah menganugerahkan kejujuran kepada kita dalam ucapan dan perbuatan.

Khamis, 10 Mei 2007

Dakwah bukan tugas ustaz sahaja

Apabila disebut perkataan dakwah, yang terlintas di kotak pemikiran kita bagi perkataan ini adalah seorang yang mempunyai ilmu agama atau dipanggil ustaz memberikan ucapan atau memperkatakan serta mengajarkan kepada khalayaknya berkenaan dengan Islam.

Bentuk gambaran yang tipikal ini serta sempitnya dimensi dakwah seperti yang digambarkan, membuatkan kerja dakwah seolah-olah hanya dimiliki oleh golongan yang mempunyai ilmu agama semata-mata. Golongan ini atau panggilan rasminya golongan agama atau ustaz adalah golongan yang selalu dibebankan dengan permasalahan dakwah dan penyebaran risalah dakwah ini.

Hakikatnya, pemikiran dan tanggapan yang sebegini amat jauh dan langsung tidak menepati roh dan semangat dakwah itu sendiri. Bebanan dan gerak kerja dakwah yang mulia ini sebenarnya merupakan tugas yang sepatutnya bukan sahaja dipikul oleh golongan ustaz bahkan terpikul di atas bahu kesemua umat Islam yang mensyahadahkan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah.

Tanggungjawab mempersembahkan ajaran Islam dalam apa jua bentuk dan memperkenalkan Islam dengan wajahnya yang tulen kepada manusia sejagat adalah tugas hakiki yang harus dilaksanakan dengan penuh kesungguhan oleh seluruh umat Islam.

Jika kita membuka dan menyorot isi kandungan al-Quran, terdapat banyak sekali nas yang menyentuh persoalan dakwah serta tanggungjawab umat Islam dalam menjayakannya.

Antaranya firman Allah yang mafhumnya, Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali-Imran: 104)

Daripada ayat ini, amat jelas kepada kita satu perintah Allah supaya umat Islam membentuk diri mereka dan menjadi umat atau kelompok manusia yang sentiasa menyeru kepada kebaikan iaitu Islam, menyuruh melakukan yang makruf dan mencegah dari berlakunya kemungkaran.

Inilah tiga unsur dan elemen penting terkandung dalam gerak kerja dakwah yang dijana dan dipaksikan kepada kekuatan keimanan kepada Allah s.w.t.

Tanpa paksi dan janaan iman, penghayatan terhadap dakwah akan menjadi rapuh dan luluh seperti rapuhnya iman dan luluhnya takwa kepada Allah s.w.t.

Satu persoalan penting yang patut ditanggap dengan teliti oleh umat Islam bahawa penghayatan terhadap dakwah Islamiah sebenarnya mempunyai hubungkait yang rapat dengan manifestasi kepada keunggulan Iman kepada Allah dan ketinggian kedudukannya di sisi Allah.

Dakwah yang dirintis oleh seorang Muslim bukan sahaja satu usaha untuk menyampaikan risalah Islam kepada khalayak bahkan merupakan satu terjemahan yang jelas terhadap ketinggian keimanan seseorang itu kepada Allah.

Persoalan inilah yang pernah dititipkan oleh Rasul pembawa risalah dalam sebuah hadisnya yang sahih lagi masyhur. Sabda Nabi s.a.w yang mafhumnya, Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya (kuasa yang ada pada seseorang) jika dia tidak mampu maka ubahlah ia dengan lidahmu, jika dia tidak mampu maka gunakanlah hatinya (dalam membenci dan tidak meredai berlakunya kemungkaran itu) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis secara literalnya mengungkapkan persoalan tentang langkah-langkah yang patut diambil seorang muslim itu dalam usahanya mencegah kemungkaran. Tetapi di sebalik mafhumnya yang mendasar diungkapkan persoalan Iman yang mempunyai konotasi yang rapat dengan dakwah.

Kemampuan seseorang itu dalam mencegah kemungkaran - salah satu dari unsur penting dalam dakwah - diukur bersama dengan tahap keimanannya kepada Allah s.w.t.

Di tengah-tengah realiti masyarakat hari ini yang diselubungi dengan segala macam kefasadan dan kerosakan yang ditandai dengan terhakisnya penghayatan umat terhadap ajaran Islam. Lalu menumbuhkan dan menerbitkan barah keruntuhan moral dan akhlak walaupun di sebalik itu terlihat kilauan kemajuan dan ketamadunan yang mempesonakan.

Namun semua kemajuan ini adalah kosong semata-mata, tidak ada nilai yang boleh dibanggakan jika di celahannya tersusun seribu satu keruntuhan moral akhlak dan terhakisnya nilai kemanusiaan.

Hari demi hari, keadaan umat dilihat tidak menampakkan kemajuan dari segi penghayatan agamanya yang mengundang kekhuatiran dan kebimbangan kepada mereka yang sentiasa mengambil berat nasib umat ini.

Gejala-gejala yang entah dari mana datangnya menjadi amalan harian para remaja kita. Budaya hedonisme yang melampau seolah-olah umat ini tidak memikirkan kematian selepas kehidupannya.

Gaya hidup manusia yang mendaulatkan materialistik dan bertuhankan hawa nafsu semata-mata telah mencampak jauh prinsip ketauhidan kepada Tuhan yang satu. Apa yang paling membimbangkan rosaknya akidah umat yang membawa kepada kemurtadan yang merupakan jenayah yang paling besar terhadap agama.

Melihat kepada senarai yang panjang ini, membuatkan kita berfikir sendirian, apakah yang telah terjadi kepada umat ini? Di manakah pegangan agama mereka sehingga mereka terjerumus ke dalam kerosakan yang maha hebat ini dan banyak lagi persoalan-persoalan yang menuntut kita berfikir dan bermuhasabah kembali nasib yang menimpa umat di akhir zaman ini.

Kunci kepada segala permasalahan ini adalah kegagalan semua lapisan umat untuk menghayati ajaran Islam yang sebenar serta kecuaian umat dalam menggalas tugas sebagai daie ilallah penyeru kepada agama Allah.

Kegagalan institusi agama dalam melaksanakan tugasnya serta menyampaikan ajaran Islam yang tulen, kegagalan institusi keluarga dalam mendidik anak-anak dengan acuan Islam.

Kegagalan institusi masyarakat dalam membimbing masyarakat berpandukan ajaran Islam serta kecuaian pihak-pihak yang berwajib menyediakan persekitaran yang membenihkan rasa keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Maka kegagalan dan kecuaian yang berpunca dari kelesuan dalam menghayati dakwah inilah yang membawa kepada kesan negatif kepada umat keseluruhannya.

Oleh yang demikian setiap entiti masyarakat perlu bangkit dari kelesuan ini. Seterusnya menyusun usaha dalam menghayati dan melaksanakan tugas dakwah berpaksikan kepada kekuatan, kapasiti dan dimensi kemampuan masing-masing.

Apa yang penting, setiap muslim walau apa kedudukan dan gelarannya menjadikan dakwah sebagai agenda hidupnya yang paling penting.

Semangat dan roh dakwah seperti inilah yang telah menyerap dalam urat nadi dan hembusan nafas generasi awal Islam hasil didikan langsung yang diterima dari Rasulullah s.a.w. Mereka menjadi umat yang terbaik dalam sejarah umat manusia di atas keimanan yang teguh berserta ketinggian penghayatan mereka terhadap dakwah dan risalah nabawi.

Akhirnya marilah kita merenungi firman Allah yang bermaksud, Telah dilaknat orang-orang kafir dari bani Israil di atas lidah Daud dan Isa bin Maryam yang disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat, sesungguhnya amat buruk apa yang selalu mereka perbuat. (Al-Maidah: 78-79)

Cukuplah ayat Allah ini menjadi satu ancaman kepada lantas mengingatkan kita akan peri pentingnya menjalankan usaha dakwah dan tidak mencuaikannya agar kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah yang amat luas dan kita terhindar dari laknat Allah yang amat berat seksanya.

Dipetik daripada:Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Al-Quran dahului kecanggihan sains

REMAJA hari ini cerdik, pintar dan berpelajaran berdasarkan akademik serta fakta sains. Ini mungkin kerana sistem pendidikan yang menekankan dan memberi penumpuan dalam bidang sains.

Tidak hairanlah remaja hari ini mengenali nama saintis dan kagum dengan penemuan mereka. Penciptaan teknologi canggih membantu penemuan baru rahsia alam.

Seperkara yang remaja patut tahu, penemuan baru ini selari dengan penyataan al-Quran malah ia sudah lama disebut dalam kitab suci itu.

Jika kita boleh berbangga dengan penemuan sains semestinya kita patut lebih takjub dengan kecanggihan al-Quran berabad dahulu mendahului zaman, malah manusia memerlukan masa yang panjang ribuan tahun memahami sentuhan ayat al-Quran mengenai alam dan sains.

Antara ayat mengenai sains ialah yang berkaitan dengan pengembangan alam. Firman Allah yang bermaksud: “Dan, langit Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami. Sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.” Ayat ini menceritakan mengenai pengembangan alam.

Ini bermaksud langit diluaskan oleh Allah. Allah sudah menyatakan ribuan tahun dahulu, jika ada orang yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan sains, sepatutnya tunduk dengan fakta ini.

Pada tahun 1929 Edwin Hubble dengan menggunakan alat canggih meneropong ke langit mendapati alam ini sebenarnya mengembang dan membesar malah saintis sekarang ini berupaya mengukur kelajuan pengembangan alam.

Kedua, ayat berhubung teori Big Bang. Hal ini sudah lama disentuh ribuan tahun dulu dalam surah al-Anbia': 30, bermaksud: “Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.”

Maknanya langit dan bumi asalnya melekat bercantum, Allah pisahkan antara keduanya dengan udara.

Teori Big Bang diasaskan oleh formula umum ‘Theory Of Relativity’ oleh Einstein 1915, kemudian disahkan pakar fizik Rusia pada 1922. Pada 1929 teori ini disahkan Edwin Hubble. Cuba bayangkan hakikat yang ditemui pada abad 20 ini telah dijelaskan oleh al-Quran sejak 1400 tahun dulu.

Segala penemuan ini selari penyataan ayat al-Quran yang menunjukkan al-Quran “Kalamullah” kerana ilmu sains belum berkembang pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w), tambahan pula tiada sebarang kemudahan yang tidak memungkinkan manusia mengetahui asal-asul alam ini. Benarlah al-Quran bukan ciptaan Muhammad.

Jadi tidak hairan sekiranya orang Islam mendahului bangsa lain dari sudut ketamadunan. Ini kerana al-Quran berada di hati mereka, sebagaimana disebut dalam pertemuan lalu al-Quran bukan hanya dibaca tapi juga untuk memakmurkan alam ini.

Percikan daripada kehebatan al-Quran inilah terbinanya tamadun di Iraq, Sepanyol, Turki, India , Afrika dan Barat mempelajari daripada Islam seterusnya mengembangkan lagi menurut acuan mereka.

Yang tidak seronoknya mereka menimbus serta memadamkan sumbangan Islam dalam dunia sains malah memutar belit fakta sejarah dengan menuduh Islam tidak menyumbang apa-apa.

Justeru, dalam menimba ilmu, remaja jangan lupa melihat sejarah tamadun Islam. Belajar di Barat untuk mencari ilmu bukan satu kesalahan, yang kita bimbang sebelum dapat ilmu sudah jadi Barat, pergaulannya, pakaiannya dan budayanya.

Marilah kita maju dengan acuan dan budaya kita sendiri, berpaksikan al-Quran, sunnah.

Oleh: Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Jangan persiakan masa terluang

“DEMI masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan melakukan amal salih dan mereka pula dalam saling memberikan pengajaran tentang kebenaran dan kesabaran serta ketekunan.”

Firman Allah SWT jelas memberi amaran, sia-sia hidup sesiapa yang tidak pernah memanfaatkan masa yang terluang tanpa mengerjakan sesuatu perkara yang berfaedah.

Kita sebagai manusia perlu sentiasa beringat, hidup ini adalah satu perjalanan dengan setiap yang ada tidak pernah kekal dan apa yang mendatang akan pergi juga akhirnya. Itulah yang dinamakan kehidupan.

Semakin hari, usia kita semakin meningkat dan daripada sebesar tapak tangan, kini mampu mengenal dunia.Daripada membisu daripada berkata-kata, kini petah seribu bahasa, tetapi persoalannya, adakah itu mencukupi?

Sebenarnya, banyak lagi perkara harus kita lakukan. Masih banyak kekosongan di dada yang harus kita isi, justeru sentiasalah mencari peluang dalam memantapkan lagi perjalanan hidup yang masih jauh dan tak pasti bilakah penamatnya.

Memang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t, setiap usaha pasti mendapat ganjaran.Lebih gigih kita berusaha, lagi besarlah ganjaran yang bakal kita terima.Yang penting ialah tidak mudah berputus asa. Gunakan kesempatan pada usia muda untuk mengejar kejayaan yang diimpikan. Jadikanlah setiap kegagalan sebagai pengajaran.

Perlu diingatkan, jangan dipersiakan peluang yang ada.Jadilah manusia yang bijak dalam menguruskan masa dan sentiasa mencari peluang menambah ilmu kerana dengan ilmu, seseorang akan dapat menemui kejayaan.

Pandanglah untuk jangka masa panjang. Fikirkan ke mana tujuan kita selepas ini.
Seperti serangkap kata-kata yang berbunyi: “Kejayaan itu bukan destinasi, ia adalah satu perjalanan. Anda perlu gambarkan arah ke mana tujuan perjalanan itu.”

Dalam bunyinya tu. Sama-samalah kita memahami maksud kata-kata itu.

Tiada jalan pintas untuk berjaya

PERIBAHASA ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ bermakna kita tidak mendapat kejayaan jika tidak berusaha, manakala ‘jangan pula sampai jadi seperti pungguk yang rindukan bulan’ pula bermakna jangan berharap pada sesuatu yang mustahil diperolehi.

Yang penting, kita harus melihat keupayaan diri, bak kata orang: “Bertindak biar berpada-pada. Jangan sampai benda yang diharap tidak dapat, kelak diri sendiri yang menderita.”

Namun, semua itu bergantung kepada niat. Jika betul niat kita, tidak mustahil kejayaan itu menjadi milik kita, tetapi jika sebaliknya, terimalah kepayahan yang bakal dilalui di atas kesilapan sendiri.

Sebenarnya kunci setiap kejayaan ialah tidak mebazirkan masa yang terluang seperti kata pepatah " Masa itu Emas " kerana kejayaan itu adalah milik sesiapa saja. Tidak kira siapa kita, jika rajin berusaha dan tidak membazir masa yang terluang, kejayaanlah yang akan menjadi upahnya.

Ketika usia mudalah seseorang perlu menyemat sifat bersaing, tetapi biarlah persaingan yang sihat. Pupuk sifat berlumba-lumba untuk menuju ke puncak menara gading.

Lihatlah bangsa lain dan pelajari cara mereka mengejar kejayaan dalam hidup. Mereka berusaha bersungguh-sungguh.Jarang sekali kita melihat mereka berfoya-foya menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah.

Habis saja waktu sekolah, mereka terus duduk di rumah mengulangkaji pelajaran. Bagi golongan remaja dan dewasanya pula, mereka tidak jemu berusaha untuk mencari ilmu, walau dengan cara apa sekalipun.

Sewajarnya, kita menjadikan semua itu sebagai contoh dan pengajaran. Jangan jadikan bangsa kita sebagai bangsa yang ketinggalan. Kita perlu bersemangat untuk memartabatkan bangsa sendiri.

Dalam aspek ini, ibu bapa juga harus memainkan fungsi betul. Jangan ada sifat sambil lewa ketika mendidik anak. Jadikan ia sebagai tanggungjawab dan agenda utama.Ini kerana tidak dapat dinafikan setiap kejayaan anak terletak pada ibu bapa mereka. Mungkin kita pernah mendengar cerita mengenai orang dulu mendidik anak mereka. Cuba kita bandingkan dengan sekarang, jauh betul bezanya.

Tidak salah kalau hendak manjakan anak, tetapi biar setimpal dengan keadaan. Jangan pula hanya mengikutkan kata mereka, sedangkan kata-kata kita langsung tidak dihiraukan.

Berbalik semula kepada topik asal kita yang ingin diperbincangkan. Setiap kita mesti ada impian dan matlamat. Kalau tidak ada, apa gunanya hidup, betul tak?

Menanam impian memang mudah. Yang sukar ialah cara merealisasikan setiap impian. Banyak dugaan harus ditempuhi. Pelbagai persediaan harus dibuat. Persiapan juga harus disusun rapi.

Umpama nak membina sebuah rumah. Kita harus menyediakan pelan terlebih dulu. Untuk menghasilkan rumah yang sempurna, empat faktor utama perlu dititikberatkan adalah tiang, dinding, lantai dan seterusnya bumbung. Jika kurang satu daripadanya, tidak sempurnalah rumah yang dibina itu.

Tidak jauh beza dalam membina kejayaan. Empat faktor utama perlu diterapkan dalam merialisasikan impian kita. Yang utama ialah niat diikuti dengan ketekunan berusaha.

Seterusnya perlu ada pengalaman atau sedikit pengetahuan mengenai ke mana arah usaha itu dan akhir sekali mesti ada sifat jujur kerana ia menjanjikan keberkatan di dalam setiap usaha dilakukan.

Jadi kesimpulan utamanya di sini ialah perancangan. Setiap susun atur perancangan itu mesti diikuti satu persatu. Memang tiada jalan pintas. Cuma kita perlu kreatif untuk menggubahnya. Kreatif yang macam mana?Kreatif dalam menguruskan masa.

Gunakan kesilapan masa lalu sebagai rujukan pada masa akan datang. Kumpulkan setiap kelemahan yang ada pada diri kita dan cari jalan untuk membina kekuatan pada setiap kelemahan itu.

Dalam hal ini, perkara yang paling penting ialah kefahaman terhadap nilai agama perlu diterapkan dalam diri bagi menghasilkan rohani yang sihat.Ketiadaan pemahaman agama akan membuatkan pintu hati kita tertutup.Itu sebabnya ada yang merungut setiap kali usaha yang dilakukan tidak berhasil. Fikirkanlah di mana kekurangannya.

Di waktu mudalah kita perlu beramal. Jangan sesekali beranggapan kita akan hidup kekal lama. Dan jangan juga beranggap kesenangan yang kita peroleh sekarang adalah milik kekal.

Dengarkan kata-kata ini dan fikirkanlah ia sebagai pedoman kita semua: “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri.”

Selasa, 8 Mei 2007

Doa isteri kunci kejayaan suami

Bagi membentuk keluarga bahagia, isteri perlu berdoa supaya keluarganya hidup dalam harmonis, diberi keselamatan dan kekuatan iman.Doa seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas.

Sebelum suami ke tempat kerja, isteri mendoakan kejayaan ketua rumah tangga itu.Insya-Allah, dengan keikhlasan isteri, doa itu akan dimakbulkan dan suami mendapat kejayaan.Usaha yang disusuli dengan doa adalah faktor yang memberi kebahagiaan kepada rumah tangga.

Fenomena dalam masyarakat hari ini, menunjukkan kebanyakan pasangan hanya menampakkan kecantikan luaran dan tidak mengutamakan kecantikan dalaman.Ada pasangan yang hanya mahu tampil cantik lahiriah hingga mengabaikan kepentingan dan kehendak suami. Misalnya, isteri mahu kekal cantik tanpa menjaga makan minum suami hingga semuanya diserah kepada amah.Kadangkala suami pulang kerja kepenatan tetapi si isteri sibuk dengan kelas gim atau yoga.

Mana-mana suami suka jika pulang bekerja, mereka disambut dengan senyuman dan rumah yang kemas.Jika isteri cantik tetapi rumah tangga tidak terurus, anak tidak terjaga pakaian dan makan minumnya, ia akan menyebabkan suami cepat bosan dan tidak selesa di rumah.Justeru, sebagai isteri, mereka perlu tahu cita rasa suami dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana rumah adalah tempat terbaik bagi memupuk kasih sayang keluarga.

Dalam usaha melahirkan keluarga bahagia, selain suami berperanan menjaga dan bertanggungjawab terhadap makan minum, isteri ada peranan tersendiri.Untuk menjadi isteri dan ibu cemerlang kepada sebuah rumah tangga bahagia, peranan wanita memang penting.

Jangan meminggirkan peranan isteri kerana mereka adalah kunci kebahagiaan suami.Isteri yang bijak, bukan saja mampu menjadi wanita yang cantik dari segi luaran dan dalaman tetapi berperanan dalam semua aspek.

Walaupun mereka memegang jawatan besar di syarikat, harapan yang disandarkan suami untuk menjadi suri terbaik dan ibu cemerlang mesti ditandai dengan kehebatannya menangani masalah anak-anak kerana ia melahirkan generasi masa depan yang cemerlang.
Wanita harus menjadi golongan yang serba boleh sama ada di pejabat mahupun rumah.

Kehebatan sesebuah keluarga banyak dipengaruhi perawatakan isteri yang bukan saja seorang wanita tetapi ibu dan isteri.Jika anak-anak yang lahir itu mulia akhlak dan hebat dalam pendidikan, ia menggambarkan betapa hebatnya peranan isteri membentuk mereka menuju kegemilangan.Ini sekali gus membawa mereka menuju kecemerlangan rumah tangga.

Ahad, 6 Mei 2007

Ibu bapa ‘didik’ anak berbohong tanpa sedar

RAMAI ibu bapa mengeluh apabila anak mereka sering berbohong. Anak yang memiliki kecenderungan berbohong cukup merisaukan mereka dan kalangan pendidik.Ibu bapa tidak mengetahui apa yang menjadi penyebab wujudnya gejala berkenaan. Justeru, peranan ibu bapa sangat penting untuk membimbing si kecil mengenal mana yang perlu mereka dekati dan mana pula yang perlu dijauhi.

Keluarga adalah tempat pertama si kecil melakukan interaksi. Perilaku ibu bapa sehari-hari akan membentuk keperibadian anak sebagai seorang yang jujur, dapat dipercayai atau sebagai seorang yang suka berbohong.Misalnya, seorang anak mendengar ayahnya berpesan kepada ibu, kalau ada panggilan telefon jawablah dengan memberitahu ayah tidak ada di rumah, sedangkan ia ada di rumah dan hanya ingin berehat serta tidak mahu diganggu. Tanpa disedari si ayah sudah mengajar anaknya berbohong.

Anak yang berbohong ternyata banyak ragamnya. Ahli psikologi membahagikannya kepada tujuh golongan iaitu:

i. Bohong imajinatif.
Biasanya anak senang berfantasi kerana rnengimpikan sesuatu. Apa yang dibayangkan dalam fikirannya sering diungkapkan dalam bentuk gambar. Dia tidak dapat menerima perbezaan antara imajinasi dan realiti. Apa pun yang dikatakannya dianggapnya realiti, padahal orang dewasa menganggapnya sebagai pembohongan.

Mendengar cerita dapat memberi pengaruh yang besar kepada anak. Pada suatu ketika, dia menganggap dirinya sebagai pahlawan dan berikutnya, dia menganggap sebagai doktor ahli bedah. Imajinasi seperti itu adalah petanda yang si anak memiliki akal yang sihat. Ibu bapa tidak perlu khuatir. Tetapi bila perlu, ibu bapa mesti menjelaskan kepada anak siapa dirinya yang sebenar.

ii. Bohong ambiguiti.
Seorang anak mungkin berkata bohong kerana dia tidak secara tepat mengetahui sesuatu kejadian atau kerana membesar-besarkannya. Kadang-kadang dia tidak mampu menjelaskan sesuatu kejadian secara terperinci dan tidak dapat mengungkapkannya secara efektif. Dalam keadaan seperti ini, ibu bapa harus bersabar menghadapinya sambil mencari kebenaran daripada kejadian yang diceritakannya.

iii. Bohong minta perhatian.
Ramai ibu bapa kurang memperhatikan anak mereka, misalnya apa keinginan dan pandangan anak. Bahkan ibu bapa sering melarang anak melakukan sesuatu di depan orang ramai hingga menimbulkan sakit hati pada diri anak. Keadaan ini akan dapat menimbulkan gangguan kejiwaan seperti perasaan tertekan kepada anak. Anak juga belajar berbohong untuk menarik perhatian orang lain terhadap dirinya.

Dalam keadaan ini, seorang anak mungkin misalnya, berpura-pura berlari sambil berteriak: “Rumah pakcik terbakar!” Ketika seluruh anggota keluarga terkejut dan berlari menuju rumah yang disebutkan, si anak berasa senang kerana dengan berbuat demikian dia membalas sakit hatinya. Salah siapa apabila anak berbohong seperti itu?

iv. Bohong kerana dendam.
Kadang-kadang anak bertengkar dan bahkan berkelahi sesama sendiri atau antara adik beradik. Biasanya seorang daripada mereka akan menaruh dendam dan cuba mencari sokongan ibu bapa dengan menuduh yang lainnya berbohong serta dialah yang benar. Ibu bapa atau pendidik harus berhati-hati untuk tidak cepat memihak, apatah lagi pertengkaran atau perkelahian antara anak biasanya tidak mempunyai alasan munasabah. Sebaik-baiknya, ibu bapa berusaha mendamaikan dan berbicara dengan baik pada anak yang berbohong sambil membimbingnya mengatakan apa sebenarnya terjadi.

v. Bohong membela diri.
Bohong jenis ini biasanya dilihat dalam keluarga iaitu ibu bapa bersikap kuku besi. Anak, kerana takut mendapat hukuman fizikal atas kesalahan yang dilakukan, lalu bercakap bohong. Jika keluarga itu diliputi suasana yang intim, anak tidak perlu berbohong. Bahkan mungkin dia terlebih dulu menyatakan persoalannya dan mencari bantuan ibu bapa untuk memecahkannya, atau dia dengan terus terang menjelaskan alasan tindakannya.

Bohong jenis ini sering terjadi berkaitan kegiatan sekolah. Banyaknya kerja rumah yang tidak dapat diselesaikan di rumah menyebabkan anak berbohong untuk menghindarkan hukuman. Dalam hal ini, ibu bapa atau pendidik perlu memperhatikan kemampuan anak agar dia tidak dimalukan di depan teman kelasnya, atau kalau tidak, dia akan terpaksa berbohong.

vi. Bohong egois.
Bohong jenis ini digunakan untuk memperdaya orang lain. Dengan berbohong, seorang anak berasa lebih mudah memanfaatkan orang lain untuk memenuhi keinginannya. Bohong jenis ini bukan sahaja terbatas pada anak, malah ia juga terjadi di kalangan orang dewasa.

vii. Bohong untuk menunjukkan kesetiaan.
Anak-anak berbohong terutama di sekolah kerana kecenderungan dan mereka terikat pada teman kelas. Dalam hal ini, pendidik harus selalu berkata benar walaupun keadaan mungkin menimbulkan kerugian sesaat.

Dalam kebanyakan keluarga, berbohong sudah menjadi epidemik dan ramai ibu bapa melakukannya.Mereka menganggap enteng perilaku tidak terpuji itu dan tidak bimbang perbuatan itu boleh menular kepada anak mereka.

Ibu bapa yang bercakap bohong di rumah akan meracuni jiwa anak dan seterusnya meracuni masyarakat untuk menyimpang dari jalan lurus yang diajar agama.Anak tidak hanya membohongi dirinya atau membohongi orang lain malah akhirnya akan membohongi Tuhan.

Anak adalah amanah Allah. Memberi mereka contoh pembohongan adalah bentuk ketidaksetiaan kepada masyarakat dan kepada-Nya.

Doa perlu disertai usaha

Kita perlu faham konsep doa dan yakin dengan pertolongan Allah

ORANG Islam tanpa mengira peringkat usia, tua atau muda, miskin atau kaya, hina atau mulia, pasti sebati dengan amalan berdoa, malah ia dipraktikkan dalam banyak keadaan sebagai satu bentuk ibadat.

Bermula bangun dari tidur, umat Islam diajar membaca doa. Menikmati hidangan bermula dengan doa, malah mahu memasuki tandas dan keluar pun ada doa, sehinggakan mahu mengadakan hubungan suami isteri juga dianjurkan berdoa.

Pendek kata, dalam ruang lingkup kehidupan masyarakat Islam, tidak lari daripada doa. Cuma persoalannya, sama ada doa itu diterima atau sebaliknya. Apa yang lebih penting, orang yang berdoa itu memahami atau tidak konsep doa diajarkan Islam.

Umat Islam perlu memahami konsep doa itu sendiri sebagai satu ibadat dan menjadi bentuk perhambaan kepada Allah.Mereka yang berdoa perlu mempunyai keyakinan kerana ada dinyatakan, Allah tidak akan mempersia-siakan mereka.

Seringkali, timbul persoalan bilakah doa itu dikabulkan. Namun, itu bukan kemampuan kita. Nabi Muhammad (saw) juga sentiasa berdoa dan memakan masa untuk dikabulkan. Apabila berdoa dan belum dimakbulkan, di situ wujud hubungan kita dengan Allah dan sentiasa terjalin, sehingga lahir cinta suci.

Konsep sebenar dalam berdoa ialah, doa perlu diiringi dengan usaha jitu, bukan sekadar berdiam diri dan mengharapkan doa saja.Kita perlu berusaha, kena cari sebab untuk mengabulkan doa itu. Nabi juga berdoa dan baginda ada sebab untuk menyampaikan doa itu.

Dalam kekalutan masyarakat hari ini, untuk meneguhkan hati menghadapi dugaan hidup kenalah selalu berdoa. Berdoalah pada setiap masa, cuma yang disebut doa waktu mustajab ialah supaya kita tambah lagi doa pada waktu itu.Rajin-rajinlah berdoa pada waktu senang, mudah-mudahan Allah memberikan bantuan pada waktu susah.

Orang yang berdoa mempunyai banyak kelebihan seperti disabdakan Rasulullah (saw) yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi:
Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Beliau yang juga penceramah agama mengingatkan umat Islam supaya tidak menjadi orang yang tidak berdoa.

Ini kerana mereka yang tidak pernah berdoa tergolong orang sombong, walaupun hidup senang lenang. Sebenarnya masih banyak lagi yang mereka belum dapat seperti syurga di akhirat.

Perintah berdoa ialah perintah umum, jadi ulama berijtihad ada waktu utama untuk berdoa, tetapi tidak ada nas yang jelas mengenainya perintah supaya manusia berdoa.

Dan Tuhan kamu berfirman; berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Maksud dari surah Ghafir :60)

Umat Islam dianjurkan berdoa untuk perkara baik saja dan dilarang mendoakan keburukan sesama Muslim.Ini sebagaimana dapat diteliti melalui kisah dihadapi Rasulullah (saw) yang pernah berdoa (keburukan) pada dua kaum yang mengkhianati Islam, tetapi Allah melarang.

Kesedaran masyarakat Islam mengenai doa sangat baik, kerana ramai mengamalkannya dalam kehidupan. Cuma, sesetengahnya tidak memahami doa yang dibaca mereka, lebih-lebih lagi mereka yang jahil bahasa Arab.

Jika tidak faham bahasa Arab, kita boleh berdoa dalam bahasa Melayu.Ia lebih mudah kerana kita faham apa yang mahu dikatakan daripada tidak memahami apa-apa langsung.Tidak guna berdoa dalam bahasa Arab tetapi tidak memahami malah dibimbangi tersilap bacaan, sekali gus mengubah maksud doa terbabit.

Persoalan sama ada cepat atau lambat dimakbulkan doa seseorang itu bergantung kepada tahap keimanan dan hati orang yang berdoa.Doa tidak diterima dari hati yang hilang tumpuan dan tidak khusyuk.

Muhammad Lukman turut menerangkan konsep doa yang mampu mengubah qada dan qadar seseorang.Qada ini terbahagi dua mumbram (tidak boleh ubah) dan muallaq (tergantung). Qada muallaq boleh berubah insya-Allah jika rajin berdoa.

Memetik kata-kata Imam al-Ghazali:
Jika ada orang bertanya, apa manfaat doa itu padahal qada (ketentuan Allah) tidak dapat dihindarkan. Ketahuilah bahawa qada juga boleh menghindarkan suatu bala dengan berdoa. Maka doa menjadi sebab bagi tertolaknya suatu bala bencana dan adanya rahmat Allah sebagaimana juga halnya, perisai menjadi sebab bagi terhindarnya seseorang daripada senjata dan air menjadi sebab bagi tumbuhnya tumbuh-tumbuhan di muka bumi.”

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Ar-Ra’d ayat 39 yang bermaksud:
Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan (ingatlah) pada sisi-Nya ada ibu segala suratan.”

Salman Radhiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah (saw) bersabda: “Tidak tertolak qada itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah di dalam umur itu melainkan oleh kebajikan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Pengarang kitab Bahr Al-Madzi membawakan masalah qada mubram dan qada muallaq mengenai makna kedua-dua jenis qada itu dan hubungannya dengan doa:
“(Kata ulama) qada mubram itu ialah suatu yang ditentukan Allah di dalam ilmunya, tidak boleh diubah dan tidak boleh ditukarnya dan qada muallaq itu seperti suatu perkara yang berta’liq sekiranya engkau berdoa nescaya diperkenankan apa-apa doamu dan sekiranya engkau berbuat bakti dan silaturrahim nescaya dipanjangkan umurmu dan sekiranya tiada diperbuatkan bakti dan tiada berdoa, tiadalah diperkenankan dan ditambah umur dan bertentang dengan barang yang di dalam ilmu-Nya. Maka qada muallaq itulah yang ditolak oleh doa.” (Lihat Bahr Al-Madzi 13-14/196)

Adab berdoa

1.Ketika berdoa, hendaklah dimulakan dengan memuji Allah. Kemudian diiringi dengan selawat kepada Nabi Muhammad (saw) dan diakhiri dengan kedua-duanya juga.

2.Tekun dan berterusan berdoa serta tidak berputus asa.

3.Berdoa dengan suara yang perlahan atau sederhana antara kuat dengan perlahan. “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.” (al-A’raf: 55)

4.Mengakui diri sentiasa berdosa, lalu bertaubat daripadanya dan mengakui nikmat kurniaan Allah serta bersyukur terhadap nikmat pemberian itu.

5.Tidak menggunakan bahasa yang berbelit-belit atau sukar difahami dalam berdoa.

6.Mengulangi doa sebanyak tiga kali.

7.Mengadap Kiblat.

8.Mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa.

9.Berwuduk terlebih dahulu sebelum berdoa.

10.Jika seseorang itu berdoa untuk orang lain, hendaklah dia berdoa untuk dirinya terlebih dahulu.

11.Berdoa dengan bertawassul menggunakan nama Allah yang mulia dan sifat-Nya yang Maha Tinggi atau dengan amal soleh yang dilakukan oleh pendoa itu.

12.Hendaklah pendoa itu memakai pakaian yang bersih, makan makanan dan minuman yang halal.

13.Ketika berdoa, hendaklah membaca syahadah dan meminta ampun terlebih dulu atau beristighfar.

14.Rendah diri, tawaduk, gigih serta bertakwa.

15.Memilih tempat juga waktu yang sesuai dan mustajab.

16.Berdoa dengan doa yang pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad s.aw.

17.Berdoa dalam bahasa Arab atau menggunakan bahasa Arab (sebaik-baiknya.) Allah itu Maha Mengetahui….

18. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan berasa penuh yakin akan diperkenankan.

19. Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk dengan jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurnia-Nya.

20. Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya seperti perkara yang tidak munasabah dan mustahil.


Doa yang selalu dibaca Rasulullah (saw)

Diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu berkata, maksudnya: “Adalah doa Nabi s.a.w yang banyak sekali (Baginda baca ialah): “Ya Allah! Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami daripada azab api neraka.” (Hadis riwayat Bukhari)

Antara waktu mustajab doa:
1. Antara azan dan iqamah.
2. Ketika sujud dalam solat dan selepasnya.
3. Ketika mendengar kokokan ayam. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4. Ketika hujan mula turun.
5. Ketika khatam al-Quran
.

Cintai Nabi iman sempurna

Beriman kepada Rasul juga mesti sampai ke peringkat mencintai Baginda, ikut melakukan apa yang Nabi buat, bukan pilih-pilih tetapi segala-galanya mesti diikut kerana segala perbuatan Nabi adalah wahyu daripada Allah.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Tiadalah segala yang datang daripada Nabi itu nafsu melainkan wahyu yang diturunkan kepadanya.”

Bila bercinta banyak keajaibannya, yang jauh rasanya dekat, yang berat rasanya ringan, sanggup berkorban apa sahaja, jiwa dan raga, harta ataupun nyawa. Namun sebelum cinta pada yang lain, Nabi mesti dicintai terlebih dahulu. Mengapa kita mesti mencintai Nabi dan Rasul?

Pertama: Kerana Nabi terlalu cinta kepada kita.Kadangkala dalam hidup kita ini, orang tidak cintakan kita pun kita tergila-gila padanya, apatah lagi pada Nabi yang amat mencintai umatnya, cintailah Nabi sepenuh hati.

Apa bukti Nabi sangat cinta kepada kita? Bacalah sejarah, sebelum Nabi wafat, antara perkataan akhir Nabi ialah “ummati, ummati (umatku, umatku) umat Nabi itu ialah kita.

Lagi bukti di Padang Mahsyar. Menurut satu riwayat, ketika Nabi s.a.w dibangkitkan di Padang Mahsyar antara perkataan pertama yang ditanya Nabi kepada malaikat Jibril ialah: “Di manakah umatku?”

Nabi s.a.w juga pernah menyatakan dalam satu hadis yang bermaksud: “Berbahagialah siapa yang melihatku dan beriman kepadaku.” Kemudian Nabi menyebut tiga kali: “Bahagialah, bahagialah, bahagialah siapa yang tidak melihatku tetapi beriman denganku.”

Orang yang tidak melihat Nabi tetapi beriman kepada Nabi antaranya diri kita yang Nabi puji tiga kali itu.

Kedua: Kita mesti cintai Nabi sebab cinta Nabi tanda sempurna iman kita. Maknanya kalau tidak cinta Nabi tidak sempurnalah iman kita.

Sabda Nabi yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”

Pernah satu hari Saidina Umar berkata kepada Nabi: “Aku sayangi diriku, selepas itu baru aku sayang padamu, wahai Rasulullah.” Nabi menjawab: “Cintailah aku lebih daripada cinta kepada dirimu, barulah sempurna iman kamu.”

Ketiga: Kita mesti cintai Nabi kerana Nabi sangat banyak berjasa kepada kita. Jasa Nabi bukan sebarangan, bukan kecil, malah tidak boleh ditebus dengan wang ringgit.

Jasa Nabi kepada kita kerana memperkenalkan siapa Tuhan kita yang sebenar. Nabi berhabisan harta, isteri Baginda menjadi miskin, bergolok-gadai buat modal untuk berdakwah. Baginda s.a.w. berjuang mendidik pelapis agar ada penyambung generasi hingga Islam sampai ke dalam hati kita.

Bersyukur kita kerana kita mendapat nikmat iman dan Islam, sedangkan bapa saudara Nabi, Abu Talib, walau didakwah Nabi s.a.w. dua kali sehari pun tidak menerima Islam. Begitu mahalnya nilai Islam ini.

Keempat: Kita mesti cintai Nabi sebab Nabi makhluk Allah yang maksum tidak ada salah apatah lagi cacat cela. Semuanya terpelihara daripada segala aib. Dapat pula al-Quran sebagai mukjizat sebagai panduan.

Ternyata mencintai Nabi s.a.w. bermakna kita mencintai seorang yang agung dan amat mulia. Cuba lihat dunia cinta remaja, kadangkala penuh tragis, ada yang mencintai seseorang sepenuh hati, walaupun si dia nampak ada yang tidak kena, dicintai dan dipercayai juga dengan sepenuh hati, tetapi akhirnya si dia menodai cintanya malah dirinya.

Cintailah Nabi kerana Nabi membimbing kita kepada kebenaran, Nabi huraikan ayat al-Quran agar kita mudah memahaminya, Nabi tidak jemu-jemu memberi nasihat kepada kita agar selamat dan berbahagia dunia dan akhirat.

- Ustaz Mohd Zawawi Yusoh -

ShoutMix chat widget