Ahad, 16 November 2008

Terpedaya sifat jahil

Jahil ialah tidak mengetahui langsung terhadap sesuatu atau mengetahui sesuatu, tetapi tidak menepati dengan yang sebenarnya. Terpedaya dari jenis kejahilan walaupun tidak semestinya jahil itu disebabkan terpedaya.Jahil yang terhasil daripada suatu kepercayaan atau suatu pendapat yang disangkanya benar sedangkan pada hakikatnya salah diistilahkan sebagai terpedaya atau jahil yang terhasil daripada kekeliruan atau sangkaan yang salah dianggapnya sebagai dalil dan bukti sedangkan itu bukannya dalil dan bukti benar, adalah juga diistilahkan sebagai ghurur.

Orang yang hatinya cenderung kepada tabiat nafsu yang rendah dengan alasan dan hujah keliru dan salah adalah seorang bersifat ghurur.Bahkan, orang yang percaya dirinya baik dan benar sama ada di dunia mahupun di akhirat dengan alasan dan hujah yang salah lagi keliru adalah juga ghurur. Berapa banyak orang yang menyangka dirinya benar, tetapi hakikatnya salah!

Digambarkan al-Quran, golongan manusia yang paling rugi amalannya ialah orang yang sesat perjalanan hidupnya sedangkan mereka menyangka telah melakukan kebaikan.
(Lihat surah al-Kahfi: 103-104).

Begitu juga golongan yang menghalangi jalan Allah, sedangkan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk. “Dan sesungguhnya syaitan itu tetap menghalang mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka mereka men dapat petunjuk.” (al-Zukhruf: 37)Malah, ada golongan yang menjadikan syaitan itu pembela dan pembantunya sedangkan mereka menyangkakan dirinya benar dan mendapat petunjuk. “Sebahagian (dari umat manusia) diberi petunjuk oleh Allah; dan sebahagian lagi berhaklah mereka ditimpa kesesatan, sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin selain Allah. Dan mereka menyangka bahawa mereka men dapat petunjuk hidayah.” (al-A'raf:30)Terpedaya adalah sifat iblis yang dilaknat dan dibuang dari rahmat Allah kerana antaranya disebabkan sifat terbabit. Iblis terpedaya dengan sangkaannya dirinya lebih baik daripada Adam dengan alasan dan hujah yang disangkanya benar, tetapi sebenarnya salah dan mengelirukan.

Orang dikuasai sifat terbabit akan dikuasai sifat itu terus menerus dalam sangkaan yang diyakininya benar sehingga merasakan tidak perlu kepada nasihat atau teguran orang lain. Dengan sangkaan itu ia kehilangan kedua-dua, dunianya tidak ke mana, manakala akhiratnya jauh sekali.

Sifat ini boleh dibahagi kepada dua kategori, membabitkan orang kafir dan orang beriman yang derhaka. Orang kafir terpedaya dengan kepercayaan yang disangkanya benar sedangkan pada hakikatnya ia sesat lagi menyesatkan.

Orang beriman pula sepatutnya tidak terpedaya seba gaimana orang kafir sehingga apabila mendapat setitis ke seronokan, sudah mula lupa diri.“Hai manusia sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu, sampai memperdayakan kamu tentang Allah.” (Fatir:5)

Imam al-Ghazali ada mengemukakan contoh dalam pel bagai golongan:

1. Terpedaya pelaku maksiatOrang yang (gemar) me lakukan maksiat dan kefasikan, kehidupannya menguta makan dunia daripada akhirat, sedangkan pada hakikat sebenar nilai keseronokan dunia terlalu kecil dan lebih kepada suatu penipuan jika dibandingkan dengan akhirat dan ke bahagiaannya. Ini tidak sama sekali bererti Islam melarang orang beriman daripada menjalankan kegiatan dunia seperti dilakukan orang kafir dalam pelbagai bidang kehidupan dan ekonomi. Cuma Islam memberikan ingatan supaya sentiasa berhati-hati dan sedar matlamat sebenar daripada aktiviti kehidupan, supaya tidak terpedaya, sehingga mengutamakan kehidupan dan keseronokan dunia semata-mata.

2. Terpedaya ahli ilmuSifat ini boleh juga menyerang orang berilmu yang ahli lagi pakar dalam pelbagai bidang ilmu syariat. Mereka terpedaya dengan ilmu dan kepakarannya, menyangka ilmunya membuatkan dia mendapat tempat di sisi Allah, menyangka terselamat dari azab, sekalipun tidak beramal dan tidak menjaga anggota daripada maksiat. Orang yang mempunyai ilmu, tetapi tidak memperaktikkan ilmunya lagi bahaya. Walaupun sifat ini boleh terkena pada sesiapa, tidak mengira orang kafir atau beriman, berilmu pengetahuan, bijak pandai atau si jahil yang tidak tahu apa-apa, ia boleh dihindari, apabila seseorang manusia itu mengambil sikap berhati-hati dan mempunyai pengetahuan yang secukupnya.Malah, dengan mengenal diri sebagai hamba kepada Tuhan, melahirkan kecintaan rabbaninya dan mengenal dunia mem buatkan seseorang tidak mudah alpa dan dikuasai dunia, malah membawanya mengenali akhirat yang membuat kannya memberikan keutamaan.

Dengan demikian, perjalanan hidup seseorang akan terarah dan tidak mudah tertewas. Tetapi, jika hati kita masih terlebih suka dan tertarik kepada keseronokan dunia berbanding keseronokan akhirat, malah hawa nafsu lebih dituruti da ripada reda Allah, apakah kita sudah boleh disifatkan terlepas dari sifat terpedaya?

Sikap ujub perosak diri

Antara keburukan sifat ujub terhadap Allah:

Dosa dan kesalahannya akan dilupakan. Seorang yang ujub selalunya tidak cuba mengingati kesalahan dan dosanya kerana dia menyangka tidak perlu diingatkan lagi sehingga akhirnya dia terus melupakannya. Sekiranya dia mengingati dosa yang lalu, dia hanya menganggapnya kecil atau dipandang sebelah mata, sekali gus tidak berusaha untuk menebusnya kerana dia menyangka Allah sudah memaafkan dan mengampunkan dosanya.

Ibadat dan kebaikan dilakukannya dipuja-puja, dibangga dan disebut untuk mendapatkan ganjaran yang berganda. Dia alpa terhadap pertunjuk dan pertolongan Allah ketika melakukan ibadat dan pekerjaan yang baik itu.

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam banyak medan perang dan perang Hunain, semasa kamu bermegah dengan bilangan kamu yang ramai; maka ia tidak memberi faedah kepadamu sedikit pun; dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepadamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (at-Taubah:25)

Bersolat, doa boleh atasi masalah tekanan

Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi bercelaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui iaitu:

1. Bersabar dengan segala yang menimpa. “Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.” (Luqman:17)

2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.” (al-Ankabuut:2-3)


3. Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat menggugurkan dosa. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bu khari)

4. Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekali gus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah. “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.” (al-Baqarah:156)

5. Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.

6. Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa dikehendaki Allah ba ginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.

8. Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.

Fadhilat ayat terakhir surah al-Hasyr

Ammar bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”.

Alangkah bertuah apabila seseorang itu beramal dengan doa berkenaan pagi dan petang, jika dia mati pada hari itu, Allah kurniakan mati syahid pula.Justeru, adalah lebih baik jika bangun saja daripada tidur terus berdoa atau selepas menunaikan solat Subuh ketika masih bersih daripada sebarang kekotoran dan hadas.

Selepas berdoa akan diikuti pula dengan bacaan tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr.Lebih afdhal jika dilakukan ketika bangun mendirikan solat tahajud dan withir pada akhir malam.

Berkata Yazid bin Raqas dari Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr hingga akhirnya, apabila mati pada malam itu maka dia mati syahid”.

Jika badan terlalu letih dan amat mengantuk, bacalah doa yang ringkas seperti doa:
“Ya Allah, dengan nama-Mu, aku letakkan tubuhku di tempat pembaringan dan dengan nama-Mu akan aku angkat kembali tubuhku apabila aku bangun esok.”

Ahad, 29 Jun 2008

Teka-teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

Sabtu, 28 Jun 2008

Pedihnya sakaratul maut..

Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin
tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak
tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh nafasku
sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang mengucap....Asyhaduallailahaillallah........."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan
ringkas. "Itu 'kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".
Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....
Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan
berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???
Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut dtang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan.

"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku datang,"Nenek...........".
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani
Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang
,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan
hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang

."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".
Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian
datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah
hari ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".
"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan
entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh
nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat
aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini baru
aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan
abang.Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".
Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam
liang itu.

"Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita
datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan
neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca
talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin
kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi
sedikit demi sdikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin
gelap dan......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!!

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Isnin, 23 Jun 2008

Pendidikan Anak Dalam Islam

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, ...” [Qur’an; Surah At-Tahrim: 6]

Bahagian Pertama:

Peranan Keluarga Dalam Islam

Keluarga mempunyai peranan penting dalam pendidikan, baik dalam lingkungan masyarakat Islam mahupun bukan Islam. Keluarga merupakan tempat pertumbuhan anak yang pertama di mana dia mendapatkan pengaruh dari anggota keluarganya pada masa yang amat penting dan yang paling utama dalam pendidikan anak, iaitu tahun-tahun pertama dalam kehidupanya (usia pra-sekolah). Sebab pada masa tersebut apa yang ditanamkan dalam diri anak akan sangat membekas, sehingga tidak mudah hilang atau berubah pada akhirnya.

Dari sini, keluarga mempunyai peranan besar dalam pembangunan masyarakat. Kerana keluarga merupakan batu asas pembangunan masyarakat dan tempat pembinaan pertama untuk mencetak dan mempersiapkan keperibadian anak-anak.

Musuh-musuh Islam telah menyedari pentingnya peranan keluarga ini. Mereka telah menyusun strategi dalam upaya menghancurkan dan merobohkannya. Mereka mengerahkan segala usaha untuk mencapai tujuan itu. Antara propaganda yang mereka gunakan ialah:

1. Merosak wanita muslimah dan mempropagandakan kepadanya agar meninggalkan tugasnya yang utama dalam menjaga keluarga dan mempersiapkan generasi.

2. Merosak generasi muda dengan upaya mendidik mereka di tempat-tempat pengasuhan yang jauh dari keluarga, agar mudah dirosak nantinya.

3. Merosak masyarakat dengan menyebarkan kerosakan dan kehancuran, sehingga keluarga, individu dan masyarakat seluruhnya dapat dihancurkan.

Sebelum ini, para ulama umat Islam telah menyedari pentingya pendidikan melalui keluarga. Syaikh Abu Hamid Al Ghazali ketika membahas tentang peranan kedua orang tua dalam pendidikan mengatakan:

"Ketahuilah, bahawa anak kecil merupakan amanat bagi kedua orangtuanya. Hatinya yang masih suci merupakan permata suci yang bersih dari pahatan dan bentukan, mereka mudah dibentuk apapun dan condong kepada apa saja yang diperlihatkan kepadanya. Jika dibiasakan dan diajarkan kebaikan dia akan tumbuh dalam kebaikan dan berbahagialah kedua orangtuanya di dunia dani akhirat, juga setiap pendidik dan gurunya. Tapi jika dibiasakan dengan keburukan dan dibiarkan sebagai mana binatang ternak, niscaya akan menjadi jahat dan binasa. Dosanya pun ditanggung oleh guru dan walinya. Maka hendaklah ia memelihara mendidik dan membina serta mengajarinya akhlak yang baik, menjaganya dari teman-teman jahat, tidak membiasakannya bersenang-senang dan tidak pula menjadikannya suka kemewahan, sehingga akan menghabiskan umurnya untuk mencari hal tersebut bila dewasa."


Tujuan Pendidikan Dalam islam

Banyak penulis dan peneliti membicarakan tentang tujuan pendidikan individu muslim. Mereka berbicara panjang lebar dan terperinci dalam bidang ini, hal yang tentu saja bermanfaat. Apa yang mereka katakan bolehlah diringkaskan seperti berikut:

"Nyatalah bahawa pendidikan individu dalam Islam mempunyai tujuan yang jelas dan tertentu, iaitu: menyiapkan individu untuk dapat beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan tak perlu dinyatakan lagi bahawa kesempurnaan agama Islam tidak membatasi pengertian ibadah pada solat, puasa dan haji; tetapi setiap perkara yang dilakukan seorang muslim dengan niat untuk Allah semata merupakan ibadah." (Aisyah Abdurrahman Al Jalal, Al Mu'atstsirat as Salbiyah fi Tarbiyati at Thiflil Muslim wa Thuruq 'Ilajiha, hal. 76.)


Memperhatikan Anak Sebelum Lahir

Perhatian kepada anak dimulai pada masa sebelum kelahirannya, dengan memilih isteri yang solehah, Rasulullah SAW memberikan nasihat dan pelajaran kepada orang yang hendak berkeluarga dengan bersabda:
" Dapatkan wanita yang beragama, (jika tidak) nescaya engkau akan kerugian" (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Begitu pula bagi wanita, hendaknya memilih suami yang sesuai dari orang-orang yang datang melamarnya. Hendaknya mendahulukan lelaki yang beragama dan berakhlak. Rasulullah memberikan panduan dengan bersabda:
"Bila datang kepadamu orang yang kamu sukai agama dan akhlaknya, maka kahwikanlah. Jika tidak kamu lakukan, nescaya terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar"

Termasuk memperhatikan anak sebelum lahir, mengikuti petunjuk Rasulullah dalam kehidupan rumahtangga kita. Rasulullah memerintahkan kepada kita:
"Jika seseorang diantara kamu hendak menggauli isterinya, membaca: "Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami". Maka andaikata ditakdirkan keduanya mempunyai anak, niscaya tidak ada syaitan yang dapat mencelakakannya".

bersambung.....

Khamis, 19 Jun 2008

Anak taat, salih gambaran kejayaan ibu bapa melahirkan keluarga cemerlang

Beradab sopan kepada ibu bapa adalah wajib pada hukum agama dan budaya. Ini adalah rukun dan tiang seri masyarakat yang penting serta menjadi ibu segala adab kesopanan. Ini semua dijelaskan dalam maksud hadis Rasulullah SAW yang menyebut, 'syurga anak di bawah tapak kaki ibunya' dan dalam riwayat lain, 'dirimu sendiri serta hartamu semuanya itu adalah untuk ayahmu'.

Oleh itu, betapa luas sekalipun pergaulan seseorang itu, betapa masyhur namanya, kaya-raya hidupnya, orang itu belum tentu dinamakan seorang yang beradab sopan jika dia belum menunjukkan rasa hormat, mengasihi, memuliakan, serta berbakti kepada ibu bapanya. Pergaulan dengan ibu bapa juga mempunyai adab tertentu yang mesti kita patuhi. Adab sopan dengan ibu bapa ketika muda antaranya adalah;
  • Anak mestilah mendengar nasihat ibu bapa ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Sebagai anak juga kita tida boleh bercakap kasar dan meninggikan suara kepada kedua ibu bapa.
  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa. Menjaga kebajikannya seperti makan minum dan kesihatan ibu bapa.
  • Anak tidak seharusnya menyanggah atau menentang ibu bapa. Layani dan hormatlah ibu bapa dengan bahasa yang baik dan bersopan santun. Ini untuk mengelakkan diri daripada menyakiti hati ibu bapa.
  • Hanya satu perkara yang boleh ditentang ialah jika ibu atau bapa itu menentang ajaran agama Allah. Tetapi ini jarang-jarang berlaku.
  • Jangan sekali-kali bersikap keras, kurang ajar, marah kepada ibu bapa. Gunakan bahasa sopan ketika bercakap dengan kedua-dua ibu bapa.
  • Jangan retakkan perhubungan mesra dan kasih sayang dengan kedua-dua ibu bapa.
  • Jika ibu bapa sudah tua dan uzur jagalah kebajikan dan kesihatannya.
  • Anak tidak patut menghantar ibu atau bapa mereka yang uzur ke rumah orang tua. Ini bagi mengelakkan perasaan dan jiwa ibu bapa yang sudah tua rasa tersisih atau dipinggirkan.
  • Menjaga dan melayani ibu bapa yang sudah tua dan uzur dengan sabar serta tabah.

Gembirakan ibu bapa dan berikan kebahagiaan dijaga dengan baik oleh anak sendiri. Firman Allah mengenai tanggungjawab dan kewajipan anak terhadap ibu bapa yang bermaksud:

"Dan Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman, ayat 14)

Daripada firman itu Allah memperincikan beberapa yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan manusia wajib bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapanya.

Jika ibu bapa sudah meninggal dunia, beberapa perkara kebaikan dan adab baik untuk ibu bapa antaranya ialah:

  • Berdoa dan beristighfar memohon Allah kurniakan keampunan supaya dimasukkan mereka ke dalam golongan orang yang soleh.
  • Menyempurnakan perjanjian, jika ibu bapa mengikut sebarang perjanjian dengan orang lain.
  • Memuliakan sahabat handai si mati. Anak hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat handai si mati seperti yang dilakukan oleh ibu bapa ketika hayat mereka.
  • Menyambung silaturahim kepada orang lain yang tidak sempat disambung oleh si mati sebelum meninggal dunia.

Hanya orang yang mempunyai anak akan tahu betapa cinta ibu dan bapa kepada anaknya. Mereka tidak mengharapkan balasan daripada anaknya. Balasan untuk ibu bapa daripada anak ialah sentiasa melakukan amal ibadat dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.

Hadis Rasulullah SAW ada menyebut: "Apabila mati seseorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya."

Banyak kata-kata mengenai anak dan ibu bapa antaranya; "Anak yang baik bukan lahir daripada ibu bapa yang tidak mengenal orang tuanya. Anak adalah gambaran ibu bapanya. Orang tualah yang membentuk hitam atau putih peribadi seseorang anak itu, seperti sehelai kain putih". Adab sopan kepada ibu bapa ini hendaklah dilakukan ketika ibu bapa masih hidup supaya ibu bapa dapat merasakan balasannya. Hal ini akan membentuk modal insan yang dapat menjadikan masyarakat yang kuat dan cemerlang.

Ahad, 8 Jun 2008

Perangai yang buruk akan mencemarkan Islam

Masyarakat Islam sepatutnya menjadi model dalam semua aspek, sesuai dengan anjuran agama, bukan contoh buruk sehingga memalukan umat.

Bermula daripada pembentukan peribadi, amal ibadat dan kehidupan berkeluarga sehinggalah urusan kehidupan seharian, orang Islam patut memberi contoh yang baik.Tetapi, hari ini keadaan di sebaliknya, malah orang Islam pula menjadi jaguh dalam perkara negatif seperti berlumba haram, menagih dadah dan persetubuhan haram.

Umat Islam ( di Malaysia ) perlu mengubah sikap itu selaras dengan anjuran agama supaya memperoleh kecemerlangan dalam semua bidang. Dalam tumbesaran anak-anak, nafsu dan akal sama-sama naik, malah kadangkala nafsu yang lebih. Tetapi berdepan dengan situasi hari ini, jika anak tidak mengerjakan solat, sanggupkah kita memukul anak apabila usianya mencapai 10 tahun? Mungkin tidak sanggup, tetapi itulah diajar Islam dan Islam tidak berubah sampai bila-bila.

Jika dilihat senario dalam masyarakat Islam hari ini, masjid yang menjadi institusi utama masih kurang dengan jemaah sedangkan rumah Allah patut diimarahkan. Mereka yang berjiran dengan masjid kena bersolat di masjid, sebagaimana kata nabi yang menggesa umat Islam menunaikan solat berjemaah terutama di masjid. Jika mahu mengerjakan solat Tarawih, takkan tidak boleh mencari seorang hafiz yang menghafal 6,666 ayat al-Quran untuk menjadi imam, sedangkan lebih baik mengambil hafiz daripada membiarkan mereka bekerja di pasar malam.

Ajaran Islam adalah agama yang sempurna, malah banyak membawa faedah apabila dipraktikkan.Ibadat haji dan puasa, difardukan kepada umat Islam pada bulan yang sama untuk memupuk perpaduan umat. Tetapi dalam berpuasa ada yang tidak mengerjakan solat. Mengapa waktu Maghrib ada pasar malam, lepas Maghrib semua pulang? Ini menunjukkan sikap umat Islam. Mengapa ada pasar Ramadan? Apabila buat pasar Ramadan ramai peniaga tidak bersolat. Kita membeli banyak makanan, kemudian tidak dapat dihabiskan. Jika RM10 sehari dibazirkan, didarabkan sepanjang Ramadan dan jumlah umat Islam, berapa banyak membazir?. Malah, pada hari raya main mercun macam orang kafir. Apabila hari raya, 20 atau 30 orang melecur kerana mercun, sedangkan itu bukan budaya kita.

Oleh yang demikian, marilah kita sekalian umat Islam bersatu dan lihatlah kekurangan diri kita,ahli keluarga kita, masyarakat kita dan keseluruhannya agar kita tidak mudah dijajah oleh orang kafir sama ada secara terang-terangan atau tersembunyi. Manusia yang tidak beragama adalah manusia yang lemah dan bodoh, tetapi manusia yang tidak membela dan menjaga agamanya adalah manusia yang sombong lagi rugi.

Hargailah nikmat kesihatan

KESIHATAN adalah nikmat yang sangat berharga. Badan kita adalah milik Allah. Wajib kita menjaga amanah ini. Sebarang kegiatan yang menjejaskan kesihatan disifatkan al-Quran sebagai mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.

Ramai yang tidak menghargai nikmat ini. Buktinya ramai yang kita lihat terbabit dalam penyalahgunaan dadah, ketagihan rokok dan alkohol serta lumba haram yang membawa kecacatan dan sebagainya.

Hidup tidak selesai di sini sahaja, malah akan ditanya kesihatan kita bagaimana digunakan untuk kebaikan atau sebaliknya.

Badan sihat bukan hendak digunakan untuk menyamun, merompak, memeras dan meragut. Badan saja besar, main bola boleh berjam-jam, tetapi solat beberapa detik tidak larat. Berjaga malam dan berkaraoke sampai pagi mudah saja tetapi untuk solat Subuh hanya dua rakaat terus lentuk.

Ingat! akhirat nanti akan ditanya. Sementara badan masih sihat, masih belum terlewat untuk semua memperbaiki diri menjadi lebih baik dari segenap segi, sama ada berhubung dengan kerjaya, pelajaran atau hubungan sesama manusia, lebih-lebih lagi hubungan dengan Tuhan.

Biarpun rasa diri masih muda belia dan masih banyak waktu, perlu diingat kematian tidak menunggu hari tua baru menjemput. Setiap hari ramai yang masih muda remaja pergi meninggalkan dunia.

Ini bukan bererti kita perlu melupakan kenikmatan dunia. Dunia adalah kurniaan Ilahi, mana-mana yang tidak bercanggah dengan agama, tidak melalaikan dan tidak memudaratkan, ambillah. Dalam masa yang sama jadilah hamba Allah yang komited dengan agama.

Alangkah bagusnya jika seorang yang hebat personalitinya, kerjayanya, pelajarannya, mantap akhlak dan amalan agamanya.

Jika menjadi remaja, jadilah remaja yang hebat. Remaja hebat ialah yang cemerlang dunia dan akhiratnya.
Bolehkah anda menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, pada masa sama menjaga akhlak dan pekerti sebagai Muslim, taat dan hormat ibu bapa dan guru, disenangi rakan, malah menjaga amalan ibadat, tidak meninggalkan solat yang wajib juga belajar melakukan amalan sunat.

Tiada yang mustahil bagi sesiapapun jika dia berazam dan berusaha sebaik mungkin merealisasikannya.
Jangan diingat waktu remaja adalah masa untuk mengejar segala yang seronok saja. Berhati-hati kerana kadangkala dunia hanya menipu. Nampak seronok tapi akhirnya ramai yang kecundang di dunia, apa lagi di akhirat.

Pada masa kini, banyak kes remaja yang meluahkan rasa penyesalan kerana terpedaya dengan keseronokan dunia. Masa seronok rasa diri paling bahagia di dunia, lama-lama baru tahu tidak ke mana seronok itu. Jika masa dapat diundur mahu saja memulakan langkah baru. Mungkin ini boleh dijadikan panduan buat remaja semua.

Begitulah, sebagai seorang ayah kepada anak yang sedang menuju alam remaja, supaya anak-anak semua membesar sebagai remaja yang baik, ada karisma sebagai seorang Muslim cemerlang, menjadi penawar hati kepada ibu bapa serta dapat menjadi penghuni syurga di alam yang abadi nanti.

Tiada manusia yang telepas dari Iblis

IBLIS juga makhluk, cuma ia dicipta daripada api, lebih awal daripada manusia. Disebabkan dengkinya dan berasa diri lebih mulia, ia tidak mahu mematuhi perintah Tuhan supaya memberikan penghormatan kepada Nabi Adam.Disebabkan sikapnya yang begitu bongkak sehingga mengingkari perintah Tuhan, ia menjadi hamba yang kafir dan disediakan kepadanya neraka yang tidak terperi azabnya. Ia menerima ketentuan itu walaupun mengetahui akan dimasukkan ke dalam neraka.

Justeru, ia mencari teman daripada keturunan Adam iaitu manusia dengan meminta dua perkara daripada Allah: agar diberikan usia yang panjang iaitu tidak mati sehingga Hari Kiamat dan dibolehkan menggoda semua manusia sepanjang masa.

Perkara ini ada diceritakan dalam al-Quran. “Setelah selesai kejadian Adam, maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. Melainkan Iblis. Ia enggan turut bersama mereka yang sujud. Allah berfirman: “Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?” Iblis menjawab: “Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, berasal dari tanah lumpur yang berbentuk.” Allah berfirman: “Kalau demikian, keluarkanlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah terkutuk.“Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat.” Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan.”Allah berfirman: “Maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari masa yang termaklum.” Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah me nyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-Mu yang yang ikhlas di antara mereka.”Allah berfirman: “Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya hamba-Ku, tidaklah ada bagimu kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang yang sesat.” (al-Hijr:30-42)

Iblis pandai memujuk rayu untuk menyesatkan manusia, datang pada setiap waktu dari pelbagai penjuru, malah dapat memasuki badan manusia, sehingga berjalan di dalamnya seperti mengalirnya darah, bersembunyi dalam hati dan tinggal dalam akal manusia.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: “Sesung guhnya syaitan (iblis) berjalan pada manusia di pembuluh darah (semua yang boleh dilalui darah).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila ia di hati, manusia akan menjadi was-was dan khuatir tidak menentu dalam perkara kebaikan, malah membenci kebaikan dan gemar kepada yang salah.

Jika ia bersarang di akal, manusia asyik memikirkan ke untungan peribadi sahaja, tanpa mempedulikan hak dan kebajikan orang lain.

Jika ia bertempat dalam badan atau anggota badan manusia, membuatkan manusia lebih suka kepada kemungkaran, benci kepada ketaatan, gemar kepada perkara yang bertentangan dengan kebenaran.

Semua manusia termasuk rasul, nabi, ilmuan dan cendekiawan didatangi iblis, dirayu dan mahu disesatkan seboleh-bolehnya. Nabi Adam dapat dirayu oleh iblis hingga membuatkannya terkeluar dari taman keindahan. Iblis juga memujuk rayu putera Nabi Adam, Qabil sehingga beliau membunuh saudaranya Habil. Hati Zulaikha juga dimasuki iblis hingga merayu Nabi Yusuf. Qarun yang kaya-raya juga tewas dengan pujuk rayu iblis hingga membuatkan beliau berasa sombong, tidak mahu mentaati perintah Allah sehingga beliau dan kekayaannya ditelan bumi. Sehingga hari ini apabila terjumpa harta benda di perut bumi, manusia menggelarkannya harta karun sempena nama Qarun.

Tujuan iblis ialah supaya manusia mengikuti jejaknya, tidak mentaati Allah dan melanggar segala perintah-Nya sehingga sama-sama memasuki neraka.

“Dan sesungguhnya neraka jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu.” (al-Hijr:43)

Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika imannya pudar, luntur dan tidak dibajai dengan mengingati Allah. Tetapi mereka yang terpedaya dengan iblis semestinya menyesal kemudian hari walaupun pada peringkat awal dibuai keseronokan.

Dalam menghadapi orang beribadat misalnya, iblis berusaha menampakkan perbuatan yang baik, malah berpura-pura turut bersolat. Ia turut sama melakukan rukun dan perkara sunat dalam solat, tetapi lama-kelamaan ia cuba bertenggek di hati orang terbabit.Tindakan iblis itu menyebabkan orang terbabit berasa was-was terhadap ibadat yang dilakukan, malah disebabkan terpengaruh dengannya sama ada sedar atau tidak, setiap pergerakan rukun dipandang remeh sehingga kadangkala tidak begitu sempurna.

Bagi suami yang rajin beribadat juga iblis tidak lupa membisikkan tipu dayanya supaya hanya beribadat tanpa melakukan pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga, anak dan isteri. Begitu juga si isteri, dibisikkan supaya sentiasa berasa tidak cukup dengan pemberian suami. Si miskin ditanamkan iblis rasa kebencian dan iri hati kepada orang berharta sehingga berasa tidak yakin dengan keadilan Allah. Mereka yang hartawan juga dipengaruhi kononnya semua harta terbabit adalah diri sendiri yang punya, jadi tidak perlu diagihkan kepada fakir miskin.

Pendek kata semua manusia tidak terlepas daripada godaan, pujuk rayu dan pengaruh iblis. Cuma bezanya ialah sesetengah mereka yang kuat iman dapat melepasi godaan itu, manakala yang lemah iman terjerumus ke dalam perangkapnya.

Buruk akhlak, banyak dukacita

Luqman al-Hakim seorang yang terkenal dengan kata-kata hikmah sehingga mendapat perhatian setiap lapisan golongan masyarakat. Antara kata-kata hikmah beliau ialah:
  1. Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.
  2. Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.
  3. Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.
  4. Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.
  5. Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.
  6. Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.
  7. Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.
  8. Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.
  9. Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.
  10. Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.
  11. Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.
  12. Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.
  13. Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.
  14. Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.
  15. Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

Tiga faktor perosak manusia

SEMUA orang gemar kepada perkara yang baik dan melakukan kebaikan kerana ia membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian.

Golongan seperti perompak atau penyamun juga tidak suka harta bendanya dicuri dan diganggu, walaupun mereka mengganggu dan menceroboh kehidupan orang lain.

Keburukan berlaku dalam masyarakat disebabkan beberapa faktor seperti tidak menghiraukan larangan Allah. Begitu juga keharmonian boleh digapai apabila kita menuruti petunjuk Allah yang maha kuasa.

Menghindari lebih baik daripada mencegah. Saidina Umar berkata: “Sekiranya kamu ingin menghindari keburukan, kamu mesti mengetahui kejahatan itu supaya senang kamu menghindarinya.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Ada tiga perkara merosakkan, hawa nafsu yang dituruti, kedekut yang ditaati dan kekaguman pada diri sendiri.”

Pertama, hawa nafsu bukan dibunuh tetapi dididik. Ini kerana nafsu dunia menjadi indah, sebab itu dunia di bangunkan, rasa cinta kepada harta, takhta dan wanita mengindahkan kehidupan selama mana dalam batas yang
dibenarkan. Ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Manusia yang tenggelam dalam hawa nafsunya lemas dalam lilitannya. Cinta tanpa batasan, pergaulan bebas, mahu senang tanpa usaha, berhibur tanpa batasan dan akhirnya nafsu menjadi Tuhan, berkiblatkan perasaan serta tiada lagi batasan.

Pada masa itu pekak telinganya, buta matanya dan akhir sekali terkunci hatinya. Allah sudah mengingatkan umatnya dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan. Allah membiarkan mereka sesat dalam keadaan berilmu lalu Allah mengunci mati pendengaran dan hatinya.”

Ini yang dibimbangkan terhadap sebilangan remaja kita, belajar di universiti, ilmu banyak, ijazah tinggi, jawatan serta gaji lumayan tetapi menjadi ‘pak turut’ kepada hawa nafsu jahat.

Kebanyakan mereka ditangkap kerana rasuah, pecah amanah, merogol, seks bebas, buang bayi dan pelbagai kesalahan jenayah.

Tidak dinafikan juga ada jenayah dilakukan mereka yang berpelajaran. Hakikatnya, jika kita ingin menjadi insan yang baik, bukan hanya perlu kepada ilmu dan segulung ijazah tetapi lebih penting ialah bungkusan azimat iman untuk mengekang kemahuan nafsu menggila.

Subjek pembelajaran sepatutnya ditekankan untuk mengendalikan hawa nafsu. Remaja sepatutnya bukan hanya memburu kecerdikan tetapi kebaikan.

Kedua, sifat yang merosak ialah kedekut. Terlalu cintakan harta hingga tidak mengeluarkan zakat. Tidak terpanggil membantu sesama Muslim dalam bidang ekonomi juga dipanggil kedekut. Sama ada menyokong mereka dengan membeli produk atau dengan tidak menjatuhkannya.

Ada sesetengah manusia menghambur duit di tempat perjudian, untuk minuman keras dan melayan teman wanita yang luar biasa idaman kebendaannya. Malangnya derma anak yatim tidak dipandang, tabung masjid yang disediakan dibiarkan.

Kedekut bukan terbatas kepada duit saja tetapi merangkumi kedekut idea, pendapat, kedekut nota kuliah, resipi dan tenaga.

Program kebaikan dan bermanfaat di surau atau masjid kadang-kadang tidak mendapat sokongan memberangsangkan di kalangan remaja. Tetapi jika konsert dan hiburan, tanpa dijemput sanggup melakukan apa
saja untuk menikmatinya. Pemuda yang mewarisi negara perlu belajar menjadi pemurah, suka membantu, ringan tangan dan penyokong setia kebaikan.

Ketiga, sifat membanggakan diri. Ia merosak diri, keluarga dan masyarakat. Orang yang bangga diri biasanya berasa ada kelebihan luar biasa pada dirinya yang tidak mampu di tandingi orang lain.

Mereka yang terkena penyakit begini biasanya mudah memperkecilkan kebolehan orang lain. Apabila melakukan kesalahan sukar untuk diri mengakuinya, jarinya mudah menuduh dan menuding orang lain. Fitnah terkutuk sanggup dilakukan demi untuk menjaga nama baik dirinya yang sebenarnya memang jelek.

Rabu, 14 Mei 2008

Membendung rasa negatif

Emosi kita, sama ada gembira atau sedih, kita yang tentukan. Pilihan di tangan kita. Secara tidak langsung, riak wajah kita juga tampak lebih manis dan tenang.Malah, ada orang menyifatkan kegembiraan itu macam rama-rama cantik, mampu menyenangkan hati sesiapa yang memandang.Walaupun ada kajian menunjukkan kebolehan untuk gembira banyak disumbangkan oleh faktor genetik, ramai penyelidik percaya perasaan positif, khususnya gembira, boleh dipupuk dan dirangsang dengan mengawal serta membendung perasaan negatif seperti pesimis, geram dan marah.

Apabila perasaan negatif dapat dikawal, baru perasaan positif seperti empati (kebolehan meletakkan diri dalam kedudukan atau keadaan orang lain), ketenangan dan kesyukuran boleh dipupuk dan dirangsang.

Perkara paling asas untuk mendapat kegembiraan ini ialah, kita mesti selesa dengan diri sendiri dan menerima kelebihan serta kekurangan diri dengan hati terbuka. Usah jadikan rupa paras atau warna kulit sebagai perbandingan yang menyebabkan kita rendah diri kerana ia anugerah terbaik dan unik Allah kepada setiap insan.Keselesaan ini membuat kita yakin dan tenang; yang menjadi tonggak kepada kesejahteraan fikiran.

Ada kajian menunjukkan individu yang gembira hidup sembilan tahun lebih lama berbanding golongan yang kerap tertekan dan murung. Untuk mendapat hidup bahagia dan gembira, kita kena berusaha mencarinya kerana kegembiraan tidak datang bergolek depan mata.

Antara strategi yang boleh dilakukan untuk gembira ialah:

l. Pilih untuk gembira — Pilihan ini ada di tangan setiap orang dan jadikan ia sebagai sasaran setiap hari. Bagaimanapun, perasaan gembira bukan datang begitu saja kerana sumbernya perlu dicari dan dipelajari.Antaranya ialah belajar kemahiran mengurus diri, kebolehan berinteraksi dengan baik dan perkara yang boleh meningkatkan prestasi kerja. Pilih untuk ada di persekitaran atau berkawan dengan orang yang bersikap positif serta mampu membuat anda gembira.Menurut pensyarah psikologi Universiti Virginia, Profesor Jon Haidt, untuk tenang, seseorang boleh memilih sama ada mahu menjadi pemaaf atau seorang yang selalu bersyukur dan berterima kasih.

2. Pupuk perasaan syukur — Kesyukuran ini perlu hadir dalam hati dan bukan hanya pada kata-kata.
Lumrah manusia sering membandingkan diri sendiri dengan orang yang ada pelbagai kelebihan daripada pelbagai sudut.Memang tidak salah jika ia dijadikan penguat semangat untuk berusaha, tetapi jika ia menjadi punca kesedihan, langkah terbaik ialah menyenaraikan kelebihan dimiliki seperti kasih sayang keluarga, suami, anak, makanan, tempat tinggal mahupun persekitaran.

3. Amalkan sifat pemaaf — Penyelidik berpendapat berfikiran negatif, memendam kemarahan dan sentiasa memikirkan keburukan orang lain memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental. Satu-satunya cara untuk mengikis kesan buruk ini ialah memaafkan kesilapan orang lain pada kita. Ini mengurangkan ingatan kita terhadap insiden pahit yang boleh merangsang perasaan marah.Sebaliknya, kaji pendapat orang lain yang mungkin ada benarnya; walaupun kebenaran itu pahit untuk ditelan. Kenang semula perasaan anda apabila mendapat kemaafan daripada orang lain dan kebaikan yang lahir daripadanya. Apabila sudah memaafkan, berusaha melupakan kenangan kurang manis dan elak mengungkitnya semula.

5. Lawan pemikiran negatif — Pemikiran negatif umpama sampah dalam otak. Kita perlu belajar mengenal pasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal dan dibuang. Contohnya, apabila nampak seseorang yang dikenali, anda mungkin terfikir perkara negatif mengenainya, tetapi ini adalah pemikiran yang boleh merosakkan persahabatan.Yang perlu dilakukan ialah menepis pemikiran negatif tadi dan cari sifat positif yang dimiliki rakan berkenaan. Tidak kira berapa benci atau meluat pun kita pada seseorang, pastinya dia sebagai manusia ciptaan Tuhan (yang sama seperti kita) mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri.

6. Tambah sahabat — Antara penawar kesedihan ialah mempunyai sahabat baik yang sentiasa mengambil berat mengenai anda. Kajian di Australia mendapati, warga emas berusia 70 tahun ke atas yang ada ramai sahabat hidup lebih lama dan gembira.Sesetengah pakar psikologi percaya senario kehidupan sekarang yang bersifat individualistik antara punca peningkatan kes kemurungan dan tekanan yang berlaku di seluruh dunia. Ketiadaan kawan untuk meluahkan masalah menyebabkan ramai buntu fikiran hingga sanggup melakukan pelbagai tindakan nekad, termasuk membunuh diri.

7. Kegembiraan ada di keliling kita dan biasanya ia datang dalam bentuk kecil — Contoh paling mudah ialah menghadiahkan senyuman kepada orang lain, termasuk yang tidak dikenali, tanpa mengharapkan balasan. Pergerakan yang menggunakan beberapa otot di muka ini ada ‘khasiat’ kerana ia secara automatik membuat anda senang hati.

8. Sentiasa berbuat baik — Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang diberi, ia boleh membuatkan si penerima dan pemberi bantuan gembira. Jika tekanan boleh merangsang penyakit, penyelidik percaya kegembiraan memiliki ‘kuasa’ yang boleh melindungi kita daripada masalah kesihatan. Orang yang gembira berasa lebih yakin dengan keupayaan diri dan ia diakui menjadi ‘vitamin’ kepada sistem imun badan yang boleh mempercepatkan kadar penyembuhan.Ini sebabnya di kebanyakan hospital, terutama di luar negara, ada kumpulan sokongan bagi pelbagai masalah kesihatan. Kumpulan sokongan ini membabitkan pesakit, bekas pesakit, ahli keluarga, rakan dan kakitangan perubatan yang berfungsi memberi semangat kepada pesakit melawan penyakit dihidapi.Ia penting supaya pesakit kuat semangat dan percaya mereka boleh sembuh. Semangat dan kepercayaan ini sebenarnya ada pengaruh besar kepada pesakit kerana ia membuatkan badan memberi tindak balas lebih baik terhadap ubat.

9. Sertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan — Pilih aktiviti yang sesuai dengan minat anda, tetapi lebih baik jika ia turut memberi manfaat kepada orang lain dan persekitaran. Contohnya menyertai badan kebajikan, menjadi sukarelawan sama ada untuk membantu mangsa bencana mahupun memulihara alam sekitar.Melalui cara ini kita bukan saja menambah kenalan, tetapi turut belajar banyak perkara baru. Tanpa anda sedari, proses belajar perkara baru dan bagaimana berdepan halangan boleh membantu minda menjadi lebih cerdas.Malah, banyak kajian menunjukkan aktiviti yang mencabar minda ini boleh melindungi kita daripada pelbagai penyakit kemerosotan ingatan seperti dementia dan Alzheimer.

10. Wang bukan segala-galanya — Memang betul wang boleh merangsang kegembiraan, tetapi bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang. Walaupun kajian menunjukkan penduduk di negara kaya lebih gembira berbanding penduduk negara miskin, tetapi apabila sudah memiliki rumah, makanan, pakaian dan segala keperluan lain, mempunyai banyak wang tidak membuatkan seseorang jadi lebih gembira, kata penyelidik Universiti Princeton, Profesor Daniel Kahneman.

11.Jangan lokek dengan pujian — Masyarakat kita memang lokek memberi pujian, terutama pada anak dan ahli keluarga, sedangkan ia boleh merangsang banyak perkara baik, kata Pakar Psikiatri Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh.Pujian ke atas perkara kecil, terutama keupayaan orang lain — contohnya apabila anak mengemas alat permainannya — bukan saja boleh memberi kesan positif kepada individu yang dipuji, tetapi turut membuatkan anda berasa senang hati. Bagaimanapun, pujian biar ikhlas dan kena pada tempatnya.Pekerja berasa lebih gembira dan bersemangat apabila mendapat pujian daripada ketua atau majikan. Pujian seringkas ‘bagus atau baik’ sudah memadai. Ia tanda penghargaan yang boleh merangsang semangat pekerja untuk berusaha lebih baik dan bersungguh-sungguh.

12. Belajar terima setiap dugaan dengan hati terbuka — Ia membolehkan kita berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan lebih baik. Ketenangan ini bagaimanapun perlu dipelajari dan diamal. Memang ia tidak mudah, tetapi tiada yang mustahil sebelum dicuba.l Dekatkan diri dengan agama. Tidak kira apa juga fahaman yang anda anuti, kepercayaan terhadap Tuhan memang diakui meningkatkan keyakinan dan ketenangan fikiran seseorang.Ketua Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Muhamad Husaain Habil, pernah berkata antara ubat paling mujarab untuk menghilangkan tekanan fikiran ialah sembahyang dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Jadi apabila setiap kali berasa susah hati atau sedih, ingat bahawa kita ada Allah yang sentiasa mendengar keluhan dan rintihan hamba-Nya.

13. Bersenam — Senaman bukan saja baik untuk badan, tetapi menjadi ubat anti kemurungan yang sangat berkesan bagi jangka pendek dan panjang. Apabila bersenam, kita lebih segar dan tenang. Kajian membuktikan senaman mampu mengurangkan kemurungan pada semua peringkat umur dan kesannya lebih baik jika individu bermasalah turut mendapatkan rawatan perubatan.Bahkan, ada penyelidik mendapati senaman boleh menjadi sebahagian ‘rawatan’ penting untuk pelbagai jenis masalah seperti keresahan, rasa rendah diri, isu berat badan dan ketagihan. Ia juga mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal; selain membuka peluang berinteraksi dan bersosial dengan orang lain yang turut bersenam bersama.

Empat penyakit 'serangkai'.

Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu:

l. Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetes yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong.

2. Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar empat kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular.

Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki). Pecahan komplikasi kencing manis:
1. 55 peratus kematian kerana komplikasi jantung
2. 13 peratus kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
3. 13 peratus kes kematian kerana kanser
4. 19 peratus kes kematian kerana lain-lain penyakit.

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).Namun, komplikasi kematian akibat kencing manis boleh dibendung.

Ini didapati daripada kajian klinikal terbesar, ADVANCE anjuran syarikat farmaseutikal Servier yang membabitkan pesakit kencing manis di seluruh dunia.Kajian dilakukan untuk menjawab beberapa isu yang belum diselesaikan berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes mellitus, iaitu jenis kencing manis yang dihidapi pesakit dewasa.

Antara keputusan dalam cabang yang mengkaji penurunan tekanan darah menunjukkan gabungan komposisi tetap ubat perindopril dan indapamide iaitu rawatan untuk hipertensi (tekanan darah tinggi), dapat meningkatkan kelangsungan hidup dan mengurangkan masalah jantung dan buah pinggang dalam pesakit kencing manis.Gabungan ubat yang diberi mencatat pengurangan ketara terhadap jumlah kematian keseluruhan (sehingga 14 peratus) dan risiko kematian akibat penyakit jantung (sehingga 18 peratus).Dalam perkataan mudah, dalam tempoh lima tahun kajian, satu kematian dapat dielakkan untuk setiap 79 orang pesakit yang dirawat dengan gabungan rawatan perindoril dan indapamide.

Selain itu, risiko berlaku kejadian membabitkan jantung berkurang sebanyak 14 peratus dan 21 peratus bagi kejadian penyakit buah pinggang.

Ini bermakna, satu kejadian koronari dapat dielak untuk setiap 75 pesakit yang diberi rawatan ini.Kajian ADVANCE dilakukan secara rawak di pelbagai pusat membabitkan 11,140 pesakit kencing manis di 215 pusat dari 20 negara di Asia (termasuk Malaysia), Australasia, Eropah dan Amerika Utara; iaitu negara yang mengalami masalah kencing manis serius.Di negara kita, kajian dilakukan di lima pusat iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Besar Ipoh, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Besar Pulau Pinang.Pemilihan pesakit untuk kajian ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria, iaitu berumur melebihi 55 tahun dan ada sejarah komplikasi penyakit makro dan mikro vaskular dalam tempoh tahun sebelum menyertai ujian, menunjukkan tanda faktor risiko lain serta menghidap hipertensi atau tekanan darah normal.Kajian itu membabitkan empat cabang untuk menyelidik fungsi jantung dan mata selepas gabungan medikasi, keberkesanan kos dan kualiti kehidupan dan faktor genetik.

Ahad, 11 Mei 2008

Bersolat dapat membina ketahanan diri.

Solat fardu adalah satu ibadat yang wajib dilaksanakan individu Muslim, baik ketika waktu lapang mahupun sibuk dengan urusan, solat tetap kena dikerjakan setiap hari.Melaksanakan solat ialah melakukannya menurut sebagaimana yang diperintahkan dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, bermula dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salam dengan hati penuh keikhlasan dan takwa.

Orang beriman mesti mendirikan solat kerana solat itu tuntutan iman, manakala iman adalah sifat jiwa dan nur batinnya. Jadi, orang yang mendirikan solat adalah orang beriman dan golongan ini sudah pasti berhak menjadi hamba Allah yang patuh kepada perintah-Nya menurut erti kata sebenar.

Mendirikan solat menurut tertib sempurna adalah suatu bisikan dan munajat kepada Tuhan yang dapat mendidik fikiran, hati dan jiwa ke arah kesucian dan kemuliaan.Selain itu, dengan ibadat berkenaan berupaya membimbing akhlak dan gerak geri kehidupan ke jalan yang sejahtera, terpelihara dari segala anasir yang membawa kerosakan serta terhindar daripada melakukan sebarang tindakan di luar batas kesopanan.

Dalam Islam, solat juga adalah alat pendidikan dan dengan sebab itu kejahatan yang merosakkan masyarakat dan menimbulkan kekacauan akan dapat dicegah oleh tenaga jiwa yang terdidik melalui ibadat berkenaan.Muslim yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya dan faham pula segala hikmah dan rahsia bacaannya akan mendapat kekuatan dari dalam dirinya sehingga mampu menghadapi segala macam fitnah dan pancaroba.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

Ibadat solat juga adalah pembersih segala bentuk kesalahan Muslim setiap hari. Dengan pembersihan itu akan hati sentiasa suci. Hati yang suci akan memancarkan segala sumber kebaikan dan kehalusan budi pekerti pada setiap individu Muslim.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Bagaimana pendapat kamu jika sekiranya ada sebatang sungai di pintu rumah seorang daripada kamu, lalu dia mandi di situ setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih tertinggal sesuatu daripada dakinya? Mereka berkata: Tidak tertinggal lagi sesuatu daripada dakinya. Baginda bersabda: Maka yang demikian itulah bandingan solat lima waktu, Allah menghapuskan dengannya segala kesalahan."

Pendek kata, solat adalah satu rukun Islam yang besar faedahnya, malah banyak pula hubungkaitnya dengan kesucian hidup di dunia ini.

Justeru, tidak wajar sekiranya ibadat berkenaan diabaikan, malah dilakukan secara sambil lewa, kerana faedahnya cukup besar dalam menjamin kesejahteraan Muslim.

Sekiranya diperhatikan dalam al-Quran banyak ayat perintah supaya mendirikan solat dan dalam masa yang sama melarang keras sikap cuai, lalai dan meninggalkannya.Tetapi sejauh mana umat Islam mengerti terhadap perintah itu? Janganlah perintah tinggal perintah, kerana jika demikian tidak tersingkaplah kejayaan dan kecemerlangan yang akan menjamin kesejahteraan umat Islam di dunia dan akhirat.

Dalam hadis ada menerangkan mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja atau dengan kesedaran bererti menyediakan satu pintu kekufuran dan akan dimasukinya pada bila-bila masa.

Kewajipan melaksanakan solat bukanlah satu tugas yang berat, malah ringan serta mudah disempurnakan dalam beberapa minit saja. Seorang Muslim yang melaksanakan kewajipan ini akan mudahlah kelak baginya menunaikan kewajipan hidup yang lain. Tetapi ia mudah bagi mereka yang celik mata hatinya, bagaimana pula mereka yang tetap berasa berat, malas, terbeban?

Rasulullah s.a.w sangat mengambil berat mengenai solat. Waktu baginda mengirimkan Muaz ke Yaman baginda berpesan dengan sabdanya (maksud):

"Wahai Muaz, sesungguhnya sepenting-penting urusan engkau di sisi aku ialah solat."

Menurut riwayat, Saidina Umar al-Khattab pernah mengirimkan surat kepada setiap hakim (penguasa) negeri di dalam kekuasaannya, dengan katanya:

"Sesungguhnya dari sepenting-penting urusan kamu di sisiku ialah solat. Sesiapa yang memelihara solatnya dia memelihara agamanya dan sesiapa yang mensia-siakannya dan dia lebih lagi mensia-siakan kepada apa yang selainnya. Dan tidak ada bahagian dalam Islam bagi mereka yang meninggalkan solat."

Membentengi diri dari syaitan

Hidup tidak sunyi daripada ujian dan bahaya. Dalam pelbagai bahaya, yang paling bahaya ialah bahaya syaitan.

Sebab itulah benteng pertama yang diajar Allah ialah "saya berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Bahaya penyakit fizikal seperti jangkitan kuman atau virus, binatang buas, bencana tanah runtuh dan gempa bumi hanya akan membawa akibat fizikal seperti kecacatan, kesakitan, kerugian dan kematian. Tetapi, akibat dan bahaya syaitan akan membawa kecacatan rohani, ketempangan sosial dan kedangkalan sistem politik yang akhirnya membawa diri ke 'neraka sementara' di dunia sebelum neraka kekal di akhirat nanti.

Jika hendak melawan syaitan sepatutnya kita mengetahui karakter dan strategi serta selok-belok, modus operandi dan organisasinya. Patut juga diketahui ialah kelemahan dan pantang larang syaitan, iblis dan konco-konconya.

Siapa musuh iblis dan syaitan?Mereka ialah Rasulullah s.a.w, orang beriman yang pengasih dan penyayang, suka memberikan nasihat, bertaubat, berakhlak mulia, bersedekah, memberikan manfaat kepada orang lain, sentiasa berwuduk, tidak melakukan dosa, solat khusyuk, pemerintah yang adil, orang kaya yang rendah hati, peniaga yang jujur dan amanah, istiqamah membaca al-Quran dan orang yang bangun bersolat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sementara sahabat syaitan dan iblis pula ialah orang kaya yang sombong, peminum arak, hakim yang tidak adil, peniaga yang tidak jujur, orang yang tidak membayar zakat, orang yang meringankan solat, orang yang makan harta anak yatim, orang yang beramal kerana nama, orang yang penghasut dan pendengki serta orang yang membuang masa dan melakukan perbuatan sia-sia.

Pintu hati manusia yang dimasuki oleh iblis:
* Putus asa dan kecewa
* Memandang remeh pada dosa kecil
* Panjang angan-angan dan suka puji-pujian
* Memandang rendah orang lain
* Tidak takut murka Allah
* Tidak boleh mengawal marah
* Ujub, sombong, riak dan buruk sangka terhadap orang lain
* Terlalu cinta dunia
* Bakhil dan kedekutRumah yang tidak dimasuki iblis ialah rumah yang penghuninya saling bermaafan, dalam keadaan berzikir, selalu menjauhi dosa, merendah diri kepada Allah, soleh dan solehah, berbakti kepada ibu bapa, berwuduk dan bersolat serta sentiasa membaca al-Quran.

Ada beberapa jenis senjata untuk melawan syaitan, iaitu membaca Bismillah, banyak berzikir, beristighfar, membaca "la ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin", membaca doa pagi dan petang, bersugi dan gosok gigi, solat berjemaah, berwuduk sebelum tidur, menutup aurat, membaca doa masuk tandas, banyak berselawat kepada nabi, bertaubat banyak-banyak dan banyak membaca al-Quran.

Pentingnya makanan Halal untuk kesihatan

Makanan yang baik, lagi halal memberikan kesihatan kepada tubuh badan, sebaliknya makanan yang tidak berkhasiat boleh menyebabkan penyakit.

Islam mementingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya yang dimakan benar-benar membawa manfaat, bukannya kemudaratan.

Dalam hadis diceritakan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya:

“Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.”

Justeru, sudah menjadi tanggungjawab orang Islam memastikan makanan yang dimakan setiap hari berkhasiat dan tidak tercemar untuk kesihatan dan tumbesaran tubuh badan.

Satu lagi aspek yang sangat diberikan perhatian dalam Islam ialah dari sudut halal atau haram. Islam menekankan aspek ini kerana melalui hukum halal haram membolehkan umatnya mengenal batasan, berdisiplin dan menjadi umat terbaik.

Dalam hadis diceritakan Tirmidzi, Nabi bersabda, maksudnya:

“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Makanan yang haram seperti haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak, bahan yang bercampur najis atau sumbernya daripada aktiviti tidak halal dibimbangi menyebabkan bahaya besar kepada mereka yang memakannya, iaitu:

* Mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga gemar melakukan kejahatan daripada kebaikan, sehinggakan berasa benci kepada aktiviti kebajikan.
* Doa tidak dimakbulkan Allah.
* Mendapat seksa neraka Allah pada hari akhirat kelak.

Begitupun, makanan yang bersih, berkhasiat malah halal sekiranya tidak menepati aturan pemakanan secara seimbang boleh mengundang padah, mengakibat bermacam-macam penyakit dan akhirnya diri yang merana.Menyedari perkara ini Islam tidak terlupa memberikan penekanan kepada gaya pemakanan, iaitu pemakanan secara seimbang dan tidak keterlaluan.

Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan contoh dalam perkara ini dan baginda begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda:

"Pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa".

Ini supaya apa saja bentuk makanan yang memasuki perut tidak terhenti dengan kelazatan dan kenikmatan yang dirasai, malah memberikan tenaga dan semangat kepada orang Islam untuk melakukan ibadat.

Dalam hubungan ini baginda s.a.w ada menyarankan umatnya supaya perut diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi dengan udara.Menyedari risiko pemakanan berlebihan mendatangkan penyakit, Islam dari awal lagi melarang amalan berlebih-lebihan.

Amalan yang digalakkan adalah bersederhana, malah dalam sebarang aktiviti umat Islam dianjurkan mengamalkan prinsip sederhana.Kebanyakan penyakit bermula daripada salah memilih makanan termasuk makan secara melampaui batas. Pakar kesihatan turut mengakui hakikat ini.

Dalam satu hadis Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

“Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”

Justeru, makanlah sekadarnya sebagaimana yang disarankan oleh nabi iaitu makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Maksud tersirat di sini ialah bersederhana dalam pemakanan.Orang Islam yang prihatin dengan kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari pasti lahir dari dalam dirinya cahaya keimanan yang dapat membantunya menjaga kebersihan diri secara keseluruhan, baik tubuh badan, pakaian, kenderaan atau tempat tinggal.

Nyata, Islam tidak hanya membincangkan persoalan ibadat khusus, seperti solat, puasa, zakat dan haji, malah sebagai agama yang sempurna perbincangannya adalah menyeluruh, membabitkan semua disiplin kehidupan manusia, termasuklah ilmu kesihatan.

Curi tulang adalah perbuatan tidak amanah

Tiga perkara yang boleh menyebabkan kerugian dan kekecohan dalam sesebuah organisasi mahupun sebuah negara ialah:

1.Kurang tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
2.Suka membuang masa dan bersembang serta bercakap perkara sia-sia.
3.Suka melengahkan tugas yang dipertanggungjawab.


Sikap suka meninggalkan tugas sehingga menyusahkan orang lain adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.Malah, ia juga boleh dikategorikan sebagai khianat atau ‘curi tulang’ iaitu sikap orang malas yang sentiasa mengharapkan habuan dan pertolongan orang lain.

Golongan begini mensia-siakan amanah yang diberikan dan masa yang diperuntukkan kepadanya. Kesannya apabila kesuntukan masa orang lain yang terpaksa memberikan bantuan.Bukankah itu menyusahkan orang lain, malah jika tidak diberikan bantuan, dipersalahkan pula atas alasan tidak memberikan kerjasama. Ini mengakibatkan perselisihan, kekecohan dan kemarahan.

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Dilaknat Allah sesiapa yang menyusahkan orang-orang beriman atau membuat kecoh terhadapnya.”

Sikap terbabit juga mengakibatkan satu-satu operasi menjadi lemah. Pengabaian tanggungjawab golongan yang suka menangguhkan kerja sehingga satu pun tidak terlaksana boleh juga dianggap satu sikap suka membuli, kerana kesudahannya orang lain yang menjadi mangsa.

Tabiat buruk itu sepatutnya dijauhi bukan saja bagi memastikan operasi sesebuah organisasi atau negara berjalan lancar, malah mengelakkan daripada menanggung dosa yang berterusan.

“Sesungguhnya kami memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka dan bagi mereka azab yang menghinakan.” (Ali-Imran: 178)

Allah membiarkan golongan ini berterusan mengumpul dosa kerana mereka menyangka perbuatan mereka itu betul dan tidak akan menerima pembalasan di akhirat nanti, sebagaimana firman-Nya pada ayat 36 surah al-Qiaamah, bermaksud:

“Patutkah manusia menyangka bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan?)”

Ini bererti mereka yang suka membuli dengan mengharapkan tenaga orang lain hanya mampu berbangga, bermegah dan gembira di dunia.Di akhirat, mereka dihina dan muflis akibat berhutang kepada orang dikhianatinya di dunia dahulu akibat tipu daya mereka sendiri.

Sabtu, 5 Januari 2008

Perkecil solat, iman binasa

Gerabak kehidupan kita akan terbabas tanpa rel. Syariat agama dalam kehidupan ibarat rel kepada kereta api dan tanpanya kereta api tidak akan sampai ke destinasi.

Tuhan mengurniakan kepada umat manusia landasan atau rel hidup yang kukuh iaitu al-Quran dan sunnah. Ia dua pusaka penting yang ditinggalkan nabi kepada umat Islam. Al-Quran dan hadis melahirkan peraturan hidup yang dinamakan syariat.Nabi s.a.w bersabda maksudnya: "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh padanya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah dan sunnahku."Untuk berada di rel atau landasan hidup yang betul, kita perlu kepada ilmu dan menjadi individu celik syariat, tahu apa suruhan dan larangan Allah, kenal apa itu ibadat, prihatin apa yang terbaik dan utama bagi seorang Muslim dalam kehidupan.

Dalam surah Thoha ayat 123 Allah berfirman, maksudnya: "Jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku (Allah), sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta."

Untuk berjaya dan cemerlang, umat Islam perlu beribadat, malah dalam perancangan hidup, ibadat yang perlu diberikan keutamaan.Ibadat adalah latihan merangkumi minda, hati dan jasad manusia. Disiplin yang ada dalam ibadat menjadikan seseorang itu cemerlang dalam hidupnya. Antara ibadat penting dalam kehidupan seharian umat Islam ialah solat. Untuk berjaya dalam hidup, solat tidak boleh diabaikan sama sekali.Ibadat solat adalah ibarat "tiang" dalam Islam. Sehingga di dalam peperangan pun tidak boleh tinggal solat. Selagi hayat dikandung badan selagi itu mesti solat.

Mengerjakan solat dengan berdiri dan jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan jika tidak mampu duduk, boleh dengan cara baring. Jika tidak mampu lagi, terlentang dan tidak mampu lagi, boleh mengiring. Sekiranya masih tiada daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga, lakukan dengan isyarat hati. Jika tidak dapat juga, sudahlah! Mari kita yang mengerjakan solat pada dia. Matilah tu dan solat itu namanya solat jenazahlah.

Hari ini ramai remaja dan segelintir golongan dewasa memperkecilkan solat. Tidak hairanlah timbulnya pelbagai masalah sosial. Gejala dadah, arak, persundalan, penderhakaan kepada ibu bapa, ponteng sekolah, kes bunuh yang menjadi-jadi, ragut, pecah rumah dan kereta, "free sex" dan seribu satu macam masalah sosial. Semua itu berpunca daripada tidak solat. Jika solat pun tidak tahu sah atau batal. Tidak masuk lagi soal khusyuk. Mengenai bacaan dan tajwid semuanya itu memberi erti solat yang tidak sempurna. Apabila solat tidak sempurna, tidak sempurnalah akhlak dan perangai.

Firman Allah dalam surah Maryam, ayat 59, maksudnya: "Maka datanglah selepas mereka yang mensia-siakan solat serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menjadi sesat."

Abdullah bin Abbas menyatakan maksud mencuaikan solat bukannya meninggalkan solat tetapi juga melewatkan daripada waktunya.Solat bukan saja menghapuskan dosa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Solat menghapuskan dosa antara satu solat dengan satu solat yang lain kecuali dosa besar.”Imam Abu Aaliayah berkata: "Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh mencegah dosa.

Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk akan mencegah perbuatan jahat, manakala zikrullah (ingat Allah) pula mencegah mungkar (kejahatan) dan menanam makruf (kebaikan).Sesetengah ulama dulu apabila tiba saat hendak menghembuskan nafas terakhir, masih sempat meminta pertolongan orang mengambilkan wuduk untuknya supaya dapat mengerjakan solat. Malah, ada yang minta diusungkan ke masjid kerana hendak mati di tempat solat.Justeru itu, janganlah kita mengabaikan solat dan jadikanlah ia rutin hidup kita. Setiap kali solat, anggaplah mungkin itu adalah solat yang terakhir.

ShoutMix chat widget