Sabtu, 11 Februari 2012

Surat Untuk Abang Dan Adik

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku

Rabu, 25 Ogos 2010

Kesilapan dalam Ramadan

Objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim pada Ramadan berdasarkan dua perkara iaitu takwa dan keampunan daripada Allah SWT.

Namun kemampuan mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadan seseorang kerap tergugat akibat kekurangan ilmu dan kurangnya keprihatinan umat Islam pada masa kini.


Bagaimana ini berlaku? Antara contoh paling mudah adalah seperti berikut:

1. Soal makan dan minum seseorang itu apabila dia dengan sengaja membatalkan puasanya tanpa sebab yang diterima dalam Islam.Perlu diketahui, sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja bukan di atas faktor keuzuran seperti mengeluarkan mani dengan sengaja, merokok dan makan serta minum, dia dilarang untuk terus bebas melakukan perkara lain seperti makan atau minum dan perkara lain yang dikira boleh membatalkan puasa. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi) Ini sebagaimana dinyatakan hadis riwayat al-Bukhari bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang makan (batal puasa), hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu.


2. Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.


Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang daripada mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan Rasulullah SAW, malah bercanggah dengan sunnah baginda.
‘Sahur’ itu sendiri daripada sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam dan ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469) Imam Ibn Hajar menegaskan, melewatkan sahur mampu mencapai objektif yang diletakkan Rasulullah SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3. Bersahur dengan hanya makan dan minum tanpa melakukan ibadat lain.


Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu berkenaan pada hakikatnya antara waktu terbaik untuk beristighfar dan menunaikan solat malam.


Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya: “Dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar.” (Az-Zariyyat, 18) Ertinya: “Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat): Wahai Rasulullah: “Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah SWT)?” Jawab Nabi: “Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardu.” (At-Tirmidzi,Tirmidzi & Al-Qaradhawi: Hadis Hasan; Lihat Al-Muntaqa, 1/477)

4. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia satu kesilapan yang maha besar.

Memang benar, solat bukan syarat sah puasa tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman seseorang. Justeru, sengaja ‘ponteng’ solat menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’.


5. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Tarawih.

Ini jelas satu ‘kekosongan’ yang ada dalam masyarakat tatkala berpuasa. Ramai lupa dan tidak tahu kelebihan besar semua solat fardu berbanding solat sunat, terutama solat Subuh berjemaah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW bagi orang yang mendirikan secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


6. Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat inginkan meriah.


Malang bagi mereka kerana setiap amalan dikira dengan niat. Jika niat utama seseorang itu (sama ada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk memeriahkannya dan bukan atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran serta keredaan Allah SWT sebagaimana ditetapkan oleh
Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat.” (Riwayat al-Bukhari)

7. Malas dan tidak produktif dalam kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.


Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pasti menambah lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperbanyakkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya pada Ramadan.

8. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.


Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan, hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah sangat lemah. (al-Jami’ as-Soghir; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9. Menganggap waktu Imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur.

Ini kerana waktu Imsak sebenarnya hanya ‘lampu amaran oren’ yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur hampir tamat.Ia bukna waktu tamat

untuk makan sahur, tetapi waktu amaran saja. Lalu, jangan ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk Imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.


Waktu yang disepakati ulama bagi waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10. Wanita melakukan solat Tarawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.


Ramai wanita walaupun siap bertelekung ke masjid tidak menyedari mereka mendedahkan aurat apabila kerap menaikkan kain sehingga menampakkan bahagian kaki ketika berjalan dan naik tangga masjid di depan jemaah lelaki.


Tatkala itu, fadilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi daripada mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


11. Memasuki Ramadan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.


Sama ada terbabit dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba.


Ini tentu memberi kesan nyata kepada kualiti ibadat pada Ramadan kerana status orang terbabit dengan riba adalah sama seperti berperang dengan Allah dan Rasul-Nya.


Tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan tanpa syaitan ini bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.


Rasulullah SAW bersabda: “Menyebut mengenai seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit dan berdoa: ‘Wahai Tuhanku... wahai Tuhanku...’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram... Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram, maka bagaimana Kami (Allah SWT) mahu memakbulkan doanya.” (Riwayat Muslim) Justeru, bagaimana Allah SWT mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insuransnya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram.


Benar, kita perlu berprasangka baik dengan Allah SWT, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri daripada riba yang haram adalah penipuan sebagaimana dinyatakan Imam Hasan Al-Basri.


12. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam.


Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka ialah pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat At-Tirmizi) Selain itu doa menjadi bertambah makbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadis bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak.” (Riwayat Ibn Majah) Hukumnya: Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Namun dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadan.


Pahala puasanya pula akan terhapus. Selain itu, ia mencarik keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan bertakwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi) Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa sempat bertemu Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah.” (Riwayat Ibn Hibban)


Perbuatan zina bunuh rasa malu

BUAT dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini? Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.

Inilah yang melanda umat islam zaman ini khususnya di Malaysia, berzina telah menjadi kebiasaan tidak mengira umur, pangkat mahupun jantina. Hakikatnya, berzina itu seronoknya sekejap tetapi derita sampai ke neraka.

Inilah yang melanda umat islam zaman ini khususnya di Malaysia yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua tanpa menghiraukan akibat berzina.

Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat. Di antara akibat buruk dan bahaya terbabit ialah:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?

Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Na'udzubillahi min dzaalik.

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud? Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat dari bencana durjana ini.

Banding diri dengan orang lebih baik

CARI wang tidak salah. Duit sebenarnya menjadi alat demi mentaati Allah. Dengan wang itu dapatlah kita membayar zakat, menunaikan haji, berjihad serta membantu mereka yang tidak berkemampuan. Islam meletakkan harta tempat yang mulia sekiranya diurus dengan cara yang berhemah. Yang kita bimbang kesibukan mencarinya sehingga melalaikan kita. Ada yang rela bekerja siang dan malam mencari harta hingga mengabaikan hak keluarga di rumah, anak mendapatkan pendidikan, hak Tuhan untuk disembah, bahkan yang paling parah hak anggota tubuh untuk beristirahat hanya demi harta yang nilainya tidak seberapa.

Dengan nilai wang RM10 ribu misalnya kita boleh dapat dan beli apa saja. Tetapi pernahkah kita fahami nilai dua rakaat solat sunat tahajud, nilai zakat, sedekah, membaca al-Quran, zikir? Adakah ia seimbang? Justeru, itu yang perlu kita perbetulkan segera. Wang adalah sebagai alat untuk membeli akhirat dan syurga. Ini kerana dengan kefahaman inilah mereka mencarinya dengan betul serta menggunakannya pun dengan cara yang betul.


Dunia mereka dapat, akhirat pun mereka juara. Contohnya, sahabat nabi jika mereka tertinggal takbiratul di dalam solat berjemaah saja, mereka bersedih dan berkabung selama tiga hari seolah-olah mengalami kerugian yang amat sangat.


Lain pula halnya dengan kita, kadang-kadang kita sanggup melupakan amalan demi bentuk keduniaan. Bertambah hairan kita tidak rasa bersalah hanya demi membina dunia itu. Contohnya solat, apabila berkumandang azan menandakan sudah masuk waktu solat. Kaum lelaki sepatutnya berduyun-duyun segera menuju ke rumah Allah. Manakala wanita pula bersegera solat di awal waktu, tetapi apa yang terjadi adalah kita sibuk mengutamakan kerja dengan alasan mencari rezeki. Sedangkan Allah menghubungkan rezeki itu sendiri dengan solat.

Firman Allah yang bermaksud: "Perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Thaha: 132).

Betapa jauhnya fahaman kita berbanding dengan sahabat nabi. Mereka rela mewakafkan kebun kerana ia menjadi penyebab lalai dalam solat. Jika akhirat sahabat bergoyang, mereka sanggup lepaskan dunia mereka untuk meneguhkan akhirat. Kita pula terbalik, kita sanggup lepaskan akhirat demi hendak memperteguhkan dunia kita. Amat menghairankan kita tidak rasa bersalah pun melewatkan solat demi dunia kita, apatah lagi rasa bersalah disebabkan malas serta tidak fokus mengerjakan solat. Bagi menyedapkan hati, kita bandingkan pula diri dengan orang yang tidak bersolat. Maka jawapannya 'saya lebih baik dari mereka yang tidak solat'. Oh, betapa jauhnya kita.


Jangan dibandingkan rohani kita dengan orang yang lebih rendah dari kita, tetapi bandingkan rohani kita dengan rohani sahabat nabi. Amatlah rugi jika kita hanya faham dunia dan kualiti ISO 9001 saja. Berusahalah ke arah mencapai kualiti rohani sebagaimana rohani sahabat nabi. Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini amat sementara, sedangkan akhirat itu kekal abadi. Umur dunia mungkin panjang lagi, tetapi apa yang pasti umur kita tidak akan sepanjang umur dunia ini.

Solat dan lima jenis manusia

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, menjauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), melahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.


Follow by Email


ShoutMix chat widget