Selasa, 22 Mei 2007

Lawak sekadar hiburan...

Monyet Dan Kura-Kura

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura...

Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura...

Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu...

Kura-kura : Nanti aku fikir sekejap..

Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau! (Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)

Kura-kura : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??

Monyet : Betul!!

Kura-kura : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.

Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..

Kura-kura : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??

Monyet : Ada berapa talian hayat?

Kura-kura : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.

Monyet : Durian..

Kura-kura : Salah..

Monyet : Rambutan

Kura-kura : Salah jugak

Monyet : Buah tangan

Kura-kura : Pun salah

Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?

Kura-kura : Buah epal

Monyet : Kenapa buah epal??

Kura-kura : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epallah jawapannya. Ini bermakna aku menang!!!

Kura-kura meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi oleh kura-kura tadi sambil berkata "Dah la tue monyet ko dah kalah dari ko susah-susah nak pikir jawapannye tu lebih baik ko pergi buat kerja, layan blog nie sehari semalam pon tak boleh abis... dah nyet gi buat kerja yer nyet !!"


* Cerita ini sekadar hiburan sahaja, ceria-ceria selalu *

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

komen saye,lawak ni lawak lah .Saya boleh amik teka-teki dari lawak ni.rasanya blom ade orang buat.saye pun ade lawak.tapi saye X tau lah lawak saye ni lawak bagi ko.camni..
suatu hari,sorang bapa yg penyayang tengah berkebun.Isterinya pula menyuruh anaknya,boboy,yg berusia 4thn meminta SERAI daripada ayahnya.
boboy:ayah,mak mintak tolong..
ayah:tolong ape?
boboy:mak minta CEYAI.[pelat serai]
ayah:hah!!!!!


ShoutMix chat widget