Jumaat, 24 Ogos 2007

Menyeronokkan tetapi menyusahkan

Sesungguhnya di dalam kehidupan kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyoronokkan. Sesungguhnya yang menyeronokkan itulah yang mendatangkan keburukan kepada diri kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yang sepatutnya kita hindari, fikirkan dan ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:

  1. Jangan sengaja melewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa alas kaki ( selipar ) kerana dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, makruh kerana ianya membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.
  6. Jangan makan tanpa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan doa makan, nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar dari rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan,takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan begaul bebas ditempat kerja kerana banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat kerana mati boleh datang bila-bila masa sahaja.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau kita memang bersalah kerana bermaafan sesama manusia adalah tuntutan agama.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana ia akan merosakkan silaturrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja yang kita lakukan. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah kerana dengan bersedekah itu dapat memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh Allah s.w.t
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, kerana akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu makanan jin.
  22. Jangan lupa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan salam ketika masuk ke dalam rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan akan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui segalanya.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan hamaNYA jua.

Wallahualam.

Rabu, 25 Julai 2007

Empat Perkara

Empat perkara untuk sihat

Empat perkara meguatkan badan
Makan daging
Memakai haruman
Kerap mandi
Berpakaian daripada kapas

Empat perkara melemahkan badan
Banyak berkelamin ( bersetubuh )
Selalu cemas
Banyak minum ketika makan
Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
Duduk mengadap kiblat
Becelak sebelum tidur
Memandang yang hijau
Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
Memandang najis
Melihat orang dibunuh
Melihat kemaluan
Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
Tidak banyak bebual kosongRajin bersugi ( gosok gigi )
Bercakap dengan orang soleh
Bergaul dengan para ulama

Empat cara tidur

Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

Tidur para Ulama’ dan Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

Tidur para Raja Yang Haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

Tidur Syaitan
Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka.

Selasa, 10 Julai 2007

Ilmu, Akal adalah tunjang Ibadah

Perlaksanaan rukun Islam tidak akan terlaksana tanpa ilmu dan akal. Islam sangat menjaga akal kerana tanpanya manusia akan menjadi sehina binatang.Demi menjaga akal Islam mengharamkan segala yang merosakkan seperti arak dan dadah.

Betapa serius aspek penjagaan akal sehingga mereka yang melanggar larangan ini seperti minum arak akan dihukum dengan sebatan 40 rotan ataupun lebih. Antara golongan yang dipuji dalam al-Quran ialah mereka yang berakal, diberi gelaran dengan nama ‘ulul-albab’ berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran (190) yang bermaksud: “Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi dan bergantinya siang dan malam menjadi tanda kebesaran Allah bagi ulul-albab.”

Menurut Syed Hawa, ulul albab bererti orang yang menggunakan akal.Dengan melaksanakan rukun Islam yang lima, ia mendidik umat mengenai kepentingan akal dan ilmu seperti pada awal Islam dilarang bersolat dalam keadaan mabuk kerana ia mengganggu pemikiran manakala suatu ibadah tidak sah jika dilakukan tanpa ilmu.Maknanya seseorang yang ingin melakukan solat mesti ada ilmu dan tahu membezakan antara fardu dan sunat .

Sekiranya tidak tahu sah dan batal, rukun dan syarat serta cara melakukannya solat dianggap tidak sah. Demikian juga dalam ibadah puasa, perkara yang membatalkan puasa wajib diketahui. Begitu juga dalam konteks zakat, ilmu mengenai nisab dan peratus harta yang wajib dikeluarkan mesti diketahui.

Ketika melaksanakan solat berjemaah, imam yang memimpin solat dari kalangan yang berilmu. Sebagai manusia kadangkala imam terlupa sesuatu dalam solat. Islam mengarahkan makmum di belakang menegur dan mengikut susunan saf yang berada di belakang imam, juga mesti berilmu.Nabi bersabda (maksudnya) “Hendaklah mereka yang baligh lagi pandai bersolat dekat denganku.” Kalau imam batal, pengganti imam yang berilmu tadi akan mengambil tempat bukannya si jahil.”

Melalui ibadah yang dilakukan umat Islam mendidik peri pentingnya akal dan ilmu dalam kehidupan. Sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik agama kamu ialah yang mudah dan sebaik-baik ibadah ialah kefahaman agama.”

Seorang penulis barat mengatakan empayar Islam boleh bertahan lama kerana dia dibina berasaskan ilmu dan akal.Dalam kitab Ihya ada menyebutkan: “Seseorang yang tidak makan dan minum dalam masa yang lama akan mati, demikian juga dengan hati, apabila tidak diberi ilmu dan hikmah dalam masa tiga hari ia akan mati.”

Ilmu ialah kuasa, dengan kuasa inilah Islam menguasai dunia dan mewarisinya kepada generasi demi generasi.
Tazkirah -Ustaz Mohd Zawawi Yusoh-

Berzikir penenang jiwa insan

Dunia ada beberapa musim, musim panas, sejuk, gugur dan bunga. Di negara kita ada dua musim sahaja iaitu musim hujan dan panas. Itu tanda keagungan Allah.Mereka yang berfikir dan menggunakan akal sahaja dapat menangkap ‘buah tangan’ ciptaan Allah itu. Manusia pun ada musim. Ada ‘musim’ kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Ada musim senang, susah, derita, kaya, miskin, dimuliakan dan dihina.

Sebelum datang musim itu perlu buat persiapan. Sekarang negara kita buat persiapan musim banjir. Setiap negeri dikerah menyediakan tempat, dana dan sukarelawan menghadapi sebarang kemungkinan. Hidup dengan episodnya mesti dipersiapkan.

Alangkah indahnya hidup ini jika kita mengetahui apa patut dilakukan terhadap perkara yang akan dilalui.Jika tahu apa yang patut kita buat tentu kita akan tenang. Kita tak gelabah, keluh kesah, mati akal, kaget dan ragu-ragu, maklumlah dah bersedia. Tetapi kalau tak bersedia sering takut. Takut tak jadi, kehilangan, kerugian dan seribu ketakutan. Jika dililit dengan ketakutan bila nak tenang dan bahagia.

Sesungguhnya aset utama menghadapi musim kehidupan ialah ketenangan batin. Sebab jika hati tenang, mudah kita lalui aktiviti kehidupan sama ada duniawi ataupun ukhrawi.Cara nak tenangkan hati diajar Allah dalam al-Quran dan terbukti sangat berkesan. Tonik paling berkesan itu ialah berzikir.

Firman Allah yang bermaksud: “Ingatlah, dengan mengingati Allah jiwa kamu akan tenang.”

Ingat Allah hati akan tenang dan tenteram. Jarang ingat Allah hati akan kering dan gersang serta tandus.

Iman bertambah bila banyak ingati Allah. Apabila bertambah iman, hati makin kuat, tidak takut dengan ancaman, tidak gentar dengan musibah dan kekurangan, tidak cemburu dengan kekayaan orang lain, bekerja bukan untuk diri tapi untuk majukan organisasi, tidak akan rasuah kerana tahu pemberi bukannya manusia tapi Allah.

Berzikir bukan hanya menyebut nama Allah tapi bersolat, baca al-Quran, melakukan makruf, meninggalkan mungkar, berbakti dan berkhidmat, mematuhi dan menyantuni, menerima ketentuan dengan reda malah berzikir yang ampuh harus diiringi sabar dan syukur barulah mendapat ketenangan hakiki.

Menghadapi cabaran hidup, zikir akan memberi kita dua perkara iaitu niat yang betul dan ikhtiar yang padu dan tak jemu-jemu. Kesan ketenangan berzikir ialah apabila kita berada pada musim kaya, kita banyak bersedekah, musim dipuji kita warnai dengan syukur dan tak lupa diri, musim dihina kita sabar dan bermuhasabah, musim menjadi pemimpin, kita berlaku adil, musim menjadi pengikut, kita taat.Orang yang berzikir akan sentiasa bersangka baik terhadap ketentuan Allah. Jika bersedia dengan membesarkan Allah, jiwa akan besar. Apabila jiwa besar, dunia dan segala musimnya menjadi damai dan harmonis.
Dipetik dari tazkirah -Ustaz Mohd Zawawi Yusoh-

Kekayaan harta benda atau wang ringgit hanylah sementara

Suatu masa ketika Harun ar-Rasyid menjadi khalifah di Baghdad, Iraq ada seorang alim lagi faqih dan soleh yang sangat terkenal pada masa itu, bernama Ali Syaqiq bin al-Azdi.

Ketika beliau menunaikan ibadah haji dan singgah di Iraq, Khalifah Harun al-Rasyid memerintahkan pengawalnya untuk mengundang Syaqiq ke istananya.

Setibanya Syaqiq di istana, Khalifah Harun al-Rasyid yang memiliki sifat tawaduk meminta nasihat daripada beliau.

Pada saat itu datang seorang pelayan membawa hidangan berisi segelas air. Kemudian Syaqiq mengambil gelas itu dan bertanya kepada khalifah.

“Seandainya khalifah berada di gurun yang sangat tandus dan sangat memerlukan seteguk air minum, tiada punca air melainkan pada seorang Arab Badwi dan orang itu mengetahui khalifah yang kaya, lalu ingin menjual air itu dengan separuh daripada harta tuanku, tuanku hendak beli atau tidak?”

Khalifah kemudian menjawab akan membayarnya walaupun dengan separuh kekayaan kerajaannya. Syaqiq lalu meminum segelas air terbabit.

Syaqiq kemudian bertanya kembali kepada khalifah: “Seandainya air yang tadi diminum tidak dapat dikeluarkan dari tubuh khalifah, yang ada ialah seorang doktor sanggup merawat penyakit khalifah tetapi mengenakan bayaran separuh daripada harta yang tinggal?”

Khalifah kembali menjawab akan membayarnya dengan separuh kekayaan kerajaannya.

Syaqiq kemudian menjelaskan, harga sebuah kerajaan ternyata sama dengan harga segelas air.
Di mana makna yang terkandung di dalamnya adalah jangan bangga dan sombong dengan segala kekayaan yang kita miliki. Jangan saling merebutnya dengan menghalalkan segala cara kerana kekayaan material di dunia sifatnya hanya sementara saja.

Di samping itu cerita ini mengingatkan betapa lemahnya kita sebagai manusia sangat memerlukan nikmat Allah.

Kita tidak dapat hidup tanpa air. Besar manapun kita, kaya manapun kita, masih kalah dengan air, kita lemah bukan saja memerlukan air, jauh sekali hendak mencipta air.

Kita penduduk Malaysia tercinta banyak mandapat nikmat air, jadi syukuri dan jangan membazir air. Kadangkala dengan mudah kita membiarkan air mengalir tanpa menutupnya.

Kisah di atas juga melukiskan betapa tidak berertinya harga kekayaan material yang dimiliki manusia di dunia. Ini diikuti dengan merasakan segala itu adalah pinjaman daripada Allah.

Allah boleh memberi pada bila-bila masa kepada kita dan Allah juga boleh mengambil nikmat daripada kita bila-bila masa, di mana saja dan apa cara sekalipun.

Justeru, kita sebaiknya memperkayakan diri kita, tidak hanya dari segi material saja, namun apa yang ada di sekitar kita dapat dijadikan sumber kekayaan yang hakiki, seperti kita memiliki keluarga soleh dan sebagainya.

Sehingga apa-apa yang kita lakukan, insya-Allah akan mendapat keberkatan daripada Allah.

ShoutMix chat widget